in

Mek Kelate Jual Produk Guna Nama Lucah Dikecam

Cokk 1
Lobak Merah
Lobak Merah
Mek Kelate Jual Produk Guna Nama Lucah Dikecam
Loading
/

Zaman sekarang ni, semua jenis produk korang boleh jumpa kat pasaran. Kalau barang yang dijual tu viral, makin berlambaklah barangan macam tu kat pasaran. Baru-baru ni, seorang wanita berhijab dari Kelantan dikecam kerana tak segan mempromosikan ubat kuat lelaki di media sosial.

Menurut mStar, wanita ini bersungguh-sungguh menceritakan kehebatan ubatnya yang dinamakan Keras Cokeng itu. Dia claim that sesiapa yang ambil ubat tu pada pukul 8 malam, alat sulit mereka akan mula mengeras sejam kemudian dan boleh bertahan sehingga 8 pagi keesokan harinya!

“Kalau awak tak puas seks dari suami, beli Keras Cokeng ni untuk suami awak, pasti nikmat berganda-ganda.”

Keras Cokeng, tak turun turun”.

Memang dahsyat cara dia promote!

Usahawan tersebut tak goyah langsung dengan kritikan netizen sebab dia memang dah ready nak kena ‘serang’ pun sebelum start jual produk ni.

“Saya memang dah tau dah, kalau jual ubat cokeng ni mesti ada mulut mak cik bawang yang akan kutuk.”

Cok
sumber: forum cari

Dia juga menegaskan yang dia hanya ingin membahagiakan pasangan suami isteri. Bukan tu je, mek ni ada juga kata yang ramai pasangan tak jadi bercerai sebab produk dia tu, siap ada yang berterima kasih lagi.

Cok3 Vert
sumber: forum cari

Kalau korang nak tahu, walaupun dah kena kecam, produk ni dah laku sebanyak lebih 1000 botol sejak dua minggu lepas. Nampak sangat orang memang guna produk ni.

“Janganlah menilai orang dari luaran, sekurang kurangnya saya memberi kebahagiaan kepada suami isteri. Jadi janganlah condemn condemn sangat!” katanya.

Korang ni, biarlah! Dia cuma nak bantu pasangan suami isteri semakin bahagia je.

Baca: “Bodohlah kalau percaya. Tipu gila produk dia kalahkan ubat hospital”

Cok