in

Media Indonesia Sindir Negara Jiran, Bangga Ekonomi Sudah Pulih Setanding China

Cover 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, media Indonesia seolah-olah memerli negara jiran termasuk Malaysia apabila portal Detik mengeluarkan berita yang bertajuk ‘Bye-bye Malaysia-Thailand, Ekonomi RI Sudah Pulih Duluan’.


Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Detik, negara Indonesia kini sudah pulih sepenuhnya daripada segi ekonomi, setanding dengan Singapura, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan China.

2 1 1

Laporan itu turut menjelaskan keadaan Indonesia pada saat ini berbanding sebelum pandemik adalah lebih baik daripada negara jiran seperti Malaysia dan Thailand.

Memetik ucapan Ketua Badan Dasar Fiskal (BKF) Kementerian Kewangan Febrio Kacaribu, kadar kemiskinan di Indonesia turut sudah berkurang daripada 10.2% ke 9.7%.

Dari segi pelaburan pula, Indonesia mengalami penurunan sebanyak 5% ekoran ketidakyakinan pelabur pada tahun 2020. Bagaimanapun, mereka berjaya bangkit semula pada tahun berikutnya.

“Di tahun 2021 kita lihat kuartal kedua sangat optimis, di mana dunia usaha melakukan ekspansi usahanya kurang lebih di 7.5% secara year on year, tertunda sedikit di kuartal ketiga, lalu rebound dengan sangat kuat di kuartal keempat. Ini kemudian membawa kita 3,8% untuk keseluruhan tahun 2021,” jelas Febrio.

Sambung beliau, Indonesia turut berjaya keluar daripada krisis pandemik Covid-19 lebih pantas berbanding dengan krisis-krisis sebelum ini. Misalnya pada krisis kewangan tahun 1997-1998, ekonomi Indonesia mengambil masa yang lama untuk pulih iaitu 3 hingga ke 4 tahun.

Kredit: Detik

BACA: Persatuan Bomoh Indonesia Buat Ritual Supaya Menang Piala AFF, Sekali Garuda Tumpas 4-0

Capture 4

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.