in

“Mcm mana nak tampar online ek” – [VIDEO] Netizen Baru Nak Simpati Wanita Terpaksa Bagi Anak Minum Glucose, Rupanya…

Ft Susu Anak Habis Air Glucose Kambing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak cerita kita baca di mana ibu bapa kehilangan kerja dan sumber pendapatan terputus membuatkan mereka terpaksa mengambil keputusan yang sangat berat.



Antaranya adalah catu makanan anak-anak dan bagi mereka yang ada anak kecil pula ada yang terpaksa menggantikan susu anak dengan minuman lain seperti air teh, air bancuhan susu pekat dan macam-macam lagi.

Namun, sebuah video dimuat naik di TikTok baru-baru ini mengundang rasa geram netizen tapi dalam masa yang sama terhibur dengan content tersebut. Pada permulaan video, wanita tersebut dilihat memegang botol susu dan mahu membancuh susu untuk anaknya.

Anak3

 

Susu habis, terpaksa bagi glucose

Tetapi difahamkan susu sudah habis dan dia terpaksa menggantikannya dengan air glucose dan berharap anaknya tidak perasan bahawa bancuhan itu bukanlah susu.

Pagi ni nak buat susu, tapi susu dah habis. Yang ada cuma glucose.”

Bertahanlah minum glucose je. Harap anak tak perasan.”

Anak2

 

“Baru nak minta bank acc…”

Sudah tentu content sebegini akan mengundang sebak netizen ketika saat-saat pandemik Covid-19 ini malah ada yang dah berniat nak bagi bantuan. Tapi rupanya, di penghujung video semua netizen tak sangka bahawa ‘anak’ yang dimaksudkan wanita itu adalah anak kambing!

@intanqaz

maafkan mak ❤️

♬ Into Your Arms (feat. Ava Max) – Witt Lowry

 

Video tersebut telah mendapat lebih 1.1juta tontonan dan telah mendapat respon ‘geram’ daripada netizen. Ramai yang berseloroh dengan komen masing-masing dan ada segelintir yang berkata mereka berniat nak contact akak tersebut untuk beri bantuan susu dan wang ringgit.

Komen Kambing

Admin pun tertipu, mula-mula tengok rasa sebak bayangkan ‘anak’ dia terpaksa minum air glucose je. Sekali anak kambing daaaaa!! Terhibur jugaklah dengan video akak ni. Tapi kalau korang jumpa mana-mana parents yang betul memerlukan, bantulah setakat mana mampu okay.

Baca: “Ingat aku ape, Ironman?” – [VIDEO] Lawak! Lelaki Bagi Komen ‘Pedas’, Lepas Viral Orang Percaya Vaksin Ada Sumber Magnet

Fi Sudu

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.