in

“Mata dah bengkak”- Gadis 15 Tahun Meninggal Lepas Tindik Kening Sendiri

F Tindik 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau ada antara korang yang nak buat prosedur kecantikan seperti bertindik atau memakai pendakap gigi, pastikan korang buat dengan orang yang pakar. Ramai anak muda sekarang ni yang mengalami kerosakan gigi lepas pakai braces palsu dengan mereka yang tak bertauliah.


Menurut The Sun, seorang gadis berusia 15 tahun di Minas Gerais, Brazil ini telah meninggal dunia selepas dikatakan tindik kening sendiri di rumah. Gadis yang dikenali sebagai Izabela itu difahamkan telah mengalami jangkitan yang agak teruk di bahagian mukanya.

Tindik 3

Matanya juga telah bengkak selepas bertindik. Sebelum ini, dia memang ada meminta kebenaran daripada ahli keluarga untuk bertindik namun permintaannya itu ditolak.

Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk melakukan sendiri prosedur itu dengan bantuan seorang rakan. Namun, beberapa hari kemudian, keluarganya bergegas membawanya ke hospital untuk rawatan selepas bahagian matanya tiba-tiba bengkak.

Tindik 2

Di hospital pula, gadis ini mengalami cardiac arrest (jantung terhenti secara mengejut) sebanyak empat kali, jadi dia kemudiannya dipindahkan ke hospital lain yang lebih lengkap.

Namun, selepas seminggu, gadis yang masih bersekolah ini dikhabarkan telah meninggal dunia walaupun telah bergantung dengan bantuan oksigen. Keluarganya yang masih bersedih menasihati remaja lain agar sentiasa dengar nasihat keluarga supaya kejadian seperti ini tak akan terjadi kepada keluarga orang lain.

Walau bagaimanapun, doktor juga mengatakan jika Izabela masih hidup sekali pun, dia mempunyai risiko untuk hilang penglihatan akibat kejadian itu.

Kita doakan agar keluarganya tabah dengan ujian ini. Nak cantik tu tak salah, tapi pastikan korang dapatkan khidmat daripada yang pakar. 

Sumber: The Sun

Baca: Mungkin Nampak Aneh, Tapi Trend Ini Dianggap Cantik Di Beberapa Negara

Tindik

Sumber: Newsflash
Sumber: Newsflash

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.