Haiwan peliharaan sepatutnya dijaga dengan penuh kasih sayang dan seperti peribahasa Melayu; ukur baju di badan sendiri, seseorang yang ingin memelihara atau membela binatang, jangan ambil lewa dan bela setakat yang mampu.
Sebuah tweet yang dimuat naik oleh Stray Free Foundation memaparkan beberapa buah kotak yang diisi dengan 17 ekor kucing yang dibuang di pintu masuk tempat perlindungan haiwan jalanan SPCA, Selangor.
Badan bukan kerajaan itu meluahkan rasa hampa dan marah kerana jika mereka tidak mahu populasi kucing meningkat, mereka sepatutnya memandulkan kucing agar dapat dijaga dengan lebih baik dan tidak menyeksa binatang.
https://twitter.com/rubyrahman/status/1613394480115380225?t=FBXv2TyH6NTCo8YNJXEPvw&s=19
“Masyarakat kita dah rosak! Tolong mandulkan kucing anda & bantu mandulkan kucing2 jalanan.
Itu sahaja cara kita kawal populasi kucing. Bukan dengan cara angkut buang & bagi “masalah” pada orang lain. Jangan bagi alasan!” tulisnya.
Perkara itu sudah pastinya mendatangkan kemarahan ramai netizen terutama sekali pencinta kucing, ia mungkin nampak remeh bagi sesetengah pihak namun ia tidak sewajarnya dilakukan.
Semoga perkara ini tidak berulang lagi, sayangi kucing-kucing jalanan ok?
Baca: Lelaki Enggan Pindah Ke PPS Walaupun Banjir Demi Kucing Kesayangan