Sebanyak 7 mukim di Selangor telah dilabelkan sebagai zon merah Covid-19, menurut senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) iaitu Klang, Kapar, Sungai Buloh, Petaling, Damansara, Kajang, dan Tanjung 12 (1) di Kuala Langat, sepanjang 20 Oktober.
Jalani ujian saringan jika ingin ke pejabat
Sehubungan dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, pekerja dari zon merah ini harus menjalani ujian saringan Covid-19 jika ingin ke pejabat. Lapor Malaymail.
Di daerah Klang, mukim Kapar dan Klang telah dilabelkan sebagai zon merah setelah merekodkan 41 dan 134 kes masing-masing selama 14 hari terkini.
Manakala Damansara, Petaling dan Sungai Buloh di bawah daerah Petaling masing-masing mencatatkan 75, 94, dan 233 kes Covid-19 dalam tempoh yang sama, diikuti dengan Hulu Langat, Kajang mencatatkan 92 kes dan Tanjung 12 (1) dengan 55 kes.
Hadkan selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu di Pejabat
Walaubagaimanapun, Menteri Kanan (Ekonomi), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pekerja bidang pengurusan dan penyeliaan dalam kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya perlu bekerja di pejabat, tiga kali seminggu untuk tempoh 4 jam bermula 10 pagi hingga 2 petang berkuat kuasa Khamis ini.
“Maklum balas yang diterima daripada industri, seramai 776,135 orang pekerja atau 25 peratus adalah pekerja dalam bidang pengurusan dan penyeliaan. Kumpulan ini diwajibkan untuk menjalani dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) seperti diputuskan MKN.
“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja merangkumi antaranya tugasan yang membabitkan kerja perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk berada di pejabat yang dihadkan selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Berita Harian.
Semalam sidang khas MKN membincangkan maklum balas dan situasi terkini pandemik COVID-19 serta menetapkan langkah awal untuk membendung penularan COVID-19 termasuk mengarahkan pekerja sektor awam dan swasta bahagian pengurusan dan penyeliaan bekerja di rumah berkuat kuasa, Khamis ini.
Baca : PKPB : Penduduk Kawasan Zon Merah Harus Kerja Di Rumah Bermula 22 Oktober Ini