in

Masih Keliru Dengan Label Makanan? Ini Beza Antara Terma ‘Expiry Date’, ‘Best Before’ & ‘Use By’

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti korang perasan dengan kewujudan term expiry date, use by dan best before yang terdapat pada label makanan kan? Kalau korang ingat yang ketiga-tiga terma ni mempunyai maksud yang sama, sebenarnya korang salah.


Jadi, kali ini admin nak kongsikan tentang perbezaan antara ketiga-tiga terma yang sering terdapat pada paket makanan ni sebab nampak je sama, tapi sebenarnya tak serupa.

#1 Best Before 

Terma ini merujuk kepada kualiti produk makanan. Makanan sebenarnya masih boleh digunakan walaupun telah melepasi tarikh yang dipaparkan namun tahap kesegaran bahan makanan ni telah menurun.

Gambar Sekadar Hiasan

Kiranya pengguna boleh je makan walaupun tarikh dah lepas namun jangan expect kualiti makanan tu masih pada tahap terbaik.

Makanan yang ada label ini juga masih boleh dipamerkan di atas rak pasar raya namun harganya selalunya akan dikurangkan. Makanan dalam tin seperti ikan sardin tin merupakan antara produk yang dilabel dengan terma ini.

#2 Expiry Date

Rasanya ramai yang dah sedia maklum yang terma ini bermaksud tarikh luput. So, ia merujuk kepada tarikh terakhir bahan makanan itu boleh dimakan atau digunakan. Contohnya, kalau expiry date makanan tu adalah pada 22 Februari 2020, maknanya lepas je tarikh yang disebut, korang dah tak boleh makan atau guna produk ni.

Gambar Sekadar Hiasan

Menurut Canadian Institute of Food Safety, susu formula bayi, supplemen nutrisi dan cecair diet merupakan antara produk makanan yang perlu dilabel dengan tarikh luput. Makanan yang dah expired juga perlu dibuang.

#3 Use By/Use Before 

Terma ini pula bermaksud guna sebelum dan ia merujuk kepada keselamatan makanan. Pengguna perlu menggunakan produk makanan tersebut sebelum tarikh yang tertera.

Gambar Sekadar Hiasan

Antara makanan yang ada terma ini pada plastik pembungkusan ialah produk berasaskan daging, produk tenusu dan salad yang sedia dimakan, lapor Food Standard Agency.

So, jangan lupa check label makanan dulu sebelum makan. Kang tak pasal-pasal sakit perut. 

Sumber: Petua Ibu, Canadian Institute of Food Safety, Food Standards Agency, High Speed Training UK

Baca: “Berusia betul kacang tu” – Jumpa Kacang Hijau Berumur Cecah 20 Tahun Masa Isteri Bersihkan Peti Ais 

Sumber: Petua Ibu
Sumber: Lobak Merah
Sumber: Lobak Merah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.