in

Masih Boleh Rentas Negeri Kalau Lakukan 3 Step Ini

PDRM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita dah sedia maklum segala kelonggaran yang diberikan sebelum ini sudah mula diperketatkan semula dimana tiada lagi rentas negeri dibenarkan. Jika ada yang cuba-cuba buat, mereka akan didenda RM 1,000.

Walaubagaimanapun, kalau nak rentas atas urusan kerja itu masih boleh lagi dilakukan. Tambahan pula kalau korang ada rentas negeri atas sebab-sebab tertentu yang diberikan sebelum ini dan terkandas disitu, masih boleh pulang!


Tapi, PDRM Kubang Pasu ada kongsikan beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum memulakan perjalanan. Oh ya! sebab kecemasan pun boleh.

101384536 1243187499406532 1125974665043378176 n

Perlu sediakan dokumen-dokumen ini.

1. Surat Panggilan oleh Majikan untuk memulakan tugas atau kerja.

2. Arahan Majikan utk tuan mula bertugas, tertera senarai nama tuan dalam surat ni.

3. Permit Rentas Negeri – kebenaran pergerakan dari  Ketua Polis Daerah selepas mempertimbangkan permohonan.

Setiap individu yang ingin membuat permohonan akan di jalankan sesi saringan dan temuduga oleh Ketua Polis Daerah Kubang Pasu sendiri sebelum permohonan merentas negeri diluluskan.

97584768 1243187256073223 13787394775973888 n 99005559 1243187426073206 4765390721718943744 n 101003682 1243187382739877 6137776761569542144 n

Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kes penipuan oleh sesetengah individu yang ingin mengambil kesempatan untuk merentas negeri atau mengemukakan sebarang alasan yang tidak munasabah.

Bagaimanapun sumber juga ada menjelaskan bahawa dah ada beberapa kes ‘kantoi’ yang cuba nak tipu dengan mengambil kesempatan ini.

“Dah ada kes palsukan dokumen rentas negeri, Kalau sapa2 nak merentas pintu lokap boleh la try palsukan surat rentas negeri.”

Jadi, korang tolong lah bagi kerjasama supaya urusan kita dipermudahkan.

 

Baca : “Tak pasal kena saman” – Netizen Terbahak Lepas Tengok Cubaan Rentas Negeri Kumpulan Berbasikal Ini Gagal

saman

 

 

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.