Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita penahanan M Sugu, suami kepada YouTuber kesayangan negara S Pavithra atas dakwaan memiliki senjata dan mencederakan isteri.
Namun, selepas membayar ikat jamin suaminya, Pavithra mengatakan yang dia bersedia untuk maafkan suaminya itu dan kebanyakan netizen menyelar tindakan ini dan menggelar Pavithra sebagai “Bella Astillah 2.0”.
Ekoran dari ini, Bella telah meluahkan pendapat di Twitter peribadinya mengenai perkara tersebut dan meminta agar netizen untuk cermin kehidupan sendiri dari sibuk ambil tahu tentang rumah tangga orang lain.
“Marriage bukan macam main masak-masak”
“Kita bukan tuhan”
Luahan Bella ni nampaknya mendapat sokongan dari beberapa netizen.
Apa-apa pun kita harap yang terbaik je lah untuk Pavithra mahu pun Bella…