in

“Alhamdulillah, doakan Bella…” – Mengaku Dah Berbaik Dengan Aliff Aziz, Bella Astillah Bagi ‘Hint’ Kini Hamil?

Bella Alif

Sebelum ini timbul desas desus dan tanda tanya tentang hubungan Bella Astillah sudah berbaik dan Aliff Aziz yang dikatakan sudah bertaut kembali. Menurut mStar, Bella ketika ditemu bual dalam segmen di radio seakan-akan beri bayangan yang mereka sudah rujuk semula dan kini berbadan dua.

Ketika program temu bual radio Suria FM bersama penyampai Tyzo dan Sharifah Shahirah, Bella diajukan soalan khabar angin tentang status hubungannya dengan Aliff. Bella hanya mendiamkan diri namun penyampai radio meluahkan rasa syukur seolah-olah pasangan itu sudah rujuk semula.

Bella2

Kata Bella dia mahu menghormati kedua-dua keluarga dan mahu belajar dari kesilapan lalu yang terlalu terbuka berkongsi tentang semua perkara peribadi di media sosial sehingga dirinya dikecam. Apatah lagi kini dengan isu penularan Covid-19 jadi menurutnya waktu tidak sesuai untuk berkongsi tentang hal sebegitu. Ketika ditanya, Bella menjawab,

Dah lama berbaik. Saya hormati permintaan kedua-dua keluarga. Dalam masa tidak sesuai dengan keadaan sekarang, banyak benda penting nak uruskan dan fokus.”

Penyampai Suria FM kemudian mengajukan soalan tentang spekulasi yang timbul mengatakan Bella kini hamil.

Berapa bulan dah Bella? Ada yang kata begitu sebab nampak seri mengandung dah ada. Kalau betul, seronoklah kami. Dah check, scan jantina ke?”

Pendek dan ringkas, Bella hanya menjawab,

Alhamdulillah. Doakan Bella.”

Sama-sama kita tunggu kenyataan daripada mulut Bella atau Aliff sendiri. Doakan saja yang baik-baik…

Baca: “Dah get back ke weyh?”-Seriuslah! Bella Astilah Bagi ‘Hint’ Dah Berkahwin Di IG Story?

Untitled Design 4 8

Sumber: mStar