in

“Marketing terbaik!”- Bungkusan Baru Dengan Pinggan Kosong, Ini Cara Indomie Sambut Ramadan

1Indo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila masuk bulan Ramadan, maka makin laju lah jenama-jenama besar nak buat gimik pemasaran untuk produk mereka. Jenama-jenama biasa pun tak nak ketinggalan, marketing kaw-kaw punya sorang bagi.


Cakap pasal marketing ni, admin nak share satu jenama dari negara jiran kita, Indonesia, yang buat marketing sempena Ramadan. Korang tengok lah tweet oleh @faghahdieanna kat bawah ni.

Screenshot 2021 04 17 At 12.34.26 Pm Screenshot 2021 04 17 At 12.25.29 Pm Screenshot 2021 04 17 At 12.25.41 Pm

 

Mana mi nya?

Korang perasan tak apa yang lain kat bungkusan Indomie tu? Haa.. mi dia hilang. Kalau tengok perasa lain pun, mi dia hilang. Bulan puasa kan, nanti nampak mi lapar pulak.

Screenshot 2021 04 17 At 12.26.22 Pm

Bagus lah ada geng baru, geng pinggan hitam. Siang puasa, malam makan mi segera guna pinggan hitam. 

Screenshot 2021 04 17 At 12.27.00 Pm

Screenshot 2021 04 17 At 12.27.40 Pm

Bagus team marketing dia, berjaya tarik perhatian ramai orang. Simple je, buang mi, pinggan biar kosong.

Admin nak ikut juga apa yang tertulis dekat bungkusan mi segera tu. Selamat menunaikan ibadah puasa!

 

Baca: “Al-Fatihah” – Pencipta Perasa Indomie,  Nunuk Nuraini Kembali Ke Rahmatullah

Screenshot 2021 04 17 At 12.37.15 Pm 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.