in

“Hormatlah tempat orang” – Bali Keluarkan 8 Larangan Rasmi Terhadap Pelancong

Peraturan Bali 2023

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelancong ke Bali selepas ini diminta menjaga kelakuan terutamanya selepas pengumuman yang dilakukan oleh Gabenor Wayan Koster baru-baru ini mengenai 12 perkara yang boleh dilakukan dan 8 perkara yang tidak boleh dilakukan di pulau berkenaan.


Menerusi Surat Edaran (SE) yang bertajuk ‘Tatanan Baru bagi Wisatawan Macanegara Selama Berada di Bali’ tersebut, ia menggariskan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan (do’s and don’ts) oleh pelancong di Bali.

Difahamkan, larangan dan saranan tersebut berkuatkuasa serta merta dan ini antara intipati yang terkandung dalam do’s and don’ts berkenaan.

098495500 1683353798 776F49E6 25Ec 45C8 9757 87318Ae84345

Antaranya :

1. Memuliakan kesucian pura, pratima, dan simbol-simbol keagamaan yang disucikan;

2. Dengan sungguh-sungguh menghormati adat istiadat, tradisi, seni dan budaya, serta kearifan lokal masyarakat Bali dalam kegiatan upacara dan upakara yang sedang dilaksanakan.

3. Memakai busana yang sopan, wajar, dan sesuai ketika berkunjung ke kawasan tempat suci, destinasi tumpuan pelancongan, tempat umum, dan selama melakukan aktiviti di Bali;

4. Berkelakuan yang sopan di kawasan suci, kawasan pelancongan, restoran, tempat perbelanjaan, jalan raya dan, tempat umum lainnya;

5. Perlu perkhidmatan pelancongan yang berlesen serta memahami kondisi alam, adat istiadat, tradisi, serta kearifan lokal masyarakat Bali saat mengunjungi tarikan pelancongan;

6. Melakukan penukaran mata wang asing di pengurup wang berlesan baik bank maupun bukan bank yang mempunyai nombor izin dan logo kod QR dari Bank Indonesia;

7. Melakukan pembayaran dengan menggunakan Kode QR Standar Indonesia;

8. Melakukan transaksi dengan menggunakan mata wang rupiah.

9. Mengikuti segala peraturan undang-undang trafik yang ada di Indonesia, seperti mempunyai lesen pemanduan antarabangsa yang sah, patuh kepada undang-undang jalan raya, berpakaian sopan, menggunakan topi keledar, mengikuti isyarat lalu lintas, tidak membawa penumpang melebihi had, serta tidak dalam pengaruh minuman beralkohol dan atau ubat terlarang ketika memandu;

10. Menggunakan kenderaan yang berkeadaan baik untuk digunakan di jalan raya atau kenderaan dua roda yang ditawarkan oleh pengendali kenderaan sewa berlesen.

11. Tinggal/menginap di penginapan yang memiliki permit yang sah dan;

12. Menaati segala ketentuan/aturan khusus yang berlaku di mana-mana pusat tarikan dan aktiviti berkaitan pelancongan.

Untitled Design 1

Selain itu, para pelancong diingatkan supaya tidak melanggar mana-mana perkara yang disenaraikan sebagai larangan dalam SE berkenaan. Antaranya termasuklah :

1.  Menceroboh kawasan suci, kecuali anda ke sana untuk mengikuti upacara yang dijalankan dan harus berpakaian ‘adat’ seperti yang ditentukan dan bukan ketika datang bulan.

2. Memanjat mana-mana pokok suci.

3. Berkelakuan sumbang di tempat suci seperti pura, pratima dan simbol-simbol keagamaan di Bali. Sebagai contoh, memanjat binaan suci, berfoto tanpa pakaian dan sebagainya.

4. Membuang sampah merata-rata, mengotorkan tempat umum termasuklah danau, mata air, sungai dan laut.

5. Menggunakan plastik sekali pakai seperti beg plastik, polisterina dan penyedut minuman plastik.

6. Mengeluarkan kata-kata kasar, berkelakuan tidak sopan, melakukan kekecohan, serta bertindak agresif terhadap pihak berkuasa, komuniti setempat atau pelancong lain secara langsung atau tidak melalui media sosial termasuklah menyebarkan kebencian atau penipuan.

7. Bekerja atau melakukan perniagaan tanpa memiliki dokumen yang sah.

8. Terlibat dalam aktiviti haram seperti melakukan jual beli barangan (ubat-ubat terlarang) dan lain-lain.

Hukuman yang bakal dikenakan

Menurut Koster, mereka yang didapati melanggar mana-mana ketentuan diatas berdepan hukuman termasuklah denda dan prosiding undang-undang seperti yang termaktub dalam undang-undang Indonesia.

Tambahnya lagi, semua pihak perlu memandang serius terhadap arahan yang dikeluarkan dan menjalankan perlaksanaan serta menyebarkannya kepada semua kakitangan dan pelancong asing yang ingin melawat Bali.

Beliau turut menggesa penyedia perkhidmatan pelancongan dan masyarakat Bali supaya tidak bersekongkol dengan salah laku dalam kalangan pengunjung asing.

Sumber :  Detik

Baca : Warga Tempatan Marah, Wanita Jerman Berbogel Ketika Pertunjukan Kebudayaan Di Bali

Pelancong Bogel Bali

Sumber: Liputan 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.