in

“Mangsa dibayar RM114 hingga RM286”- Hotel Rugi Akibat Covid-19, Bertukar Jadi Sarang Pelacuran Remaja Bawah Umur

Hotel

Tidak dinafikan banyak perniagaan terkesan akibat pandemik Covid-19 sehingga ada yang terpaksa gulung tikar ekoran kerugian yang dialami.

Namun berbeza dengan sebuah hotel di Banten, Indonesia ini apabila ianya bertukar menjadi sarang pelacuran khusus buat remaja bawah umur.

Perkara ini terbongkar selepas polis melakukan serbuan di sebuah hotel yang rupanya milik seorang artis Indonesia, Cynthiara Alona pada 16 Mac lalu.

Kolase Foto Artis Cynthiara Alona Dan Hotel Alona

Mengejutkan apabila 30 bilik hotel tersebut dipenuhi 15 mangsa eksploitasi seksual bawah umur.

Cynthiara mengetahui Hotel Alona miliknya dijadikan sarang pelacuran.

“Dia menjadikan hotel itu sarang pelacuran berikutan tiada pendapatan selepas pandemik Covid-19,”

Ketika serbuan polis menahan dua lelaki yang berperanan sebagai pencari pelacur dan yang menguruskan hotel berkenaan, termasuk artis tersebut iaitu Cynthiara, lapor Harian Metro.

Modus operandi mereka ini terbongkar selepas kantoi yang mereka turut menawarkan ‘servis’ kanak-kanak bawah umur ini di media sosial.

93132 Hotel Alona Jadi Tempat Prostitusi Online Hotel Alona Milik Cynthiara Alona Kini Cynthiara Alona J

“Ejen dan bapa ayam cuba memikat mangsa dengan mengajak mereka bercinta.

“Kemudian mereka akan menawarkan mangsa bawah umur dalam media sosial Michat khusus untuk lelaki hidung belang,”

Kejadian ini dilaporkan telah dilakukan selama 3 bulan dan mangsa dijual dengan harga 400,000 hingga 1 juta rupiah iaitu bersamaan RM114 hingga RM286.

 

Baca : Bos Sempoi, Bawa Staff Warga Pakistan Food Hunting & Lepak Di Hotel 4 Bintang

Story Staf