Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.
Seorang remaja perempuan telah membuat laporan di Alor Setar, Kedah mendakwa dia dirogol oleh seorang inspektor polis ketika berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Rabu lalu kira-kira jam 6.30 petang.
Dalam laporan Harian Metro, sumber berkata, mangsa pada mulanya dipanggil oleh inspektor berusia dalam lingkungan 30 tahun itu ke IPD bagi membantu siasatan berhubung kes rogol membabitkan remaja tersebut, di mana dia mendakwa dirogol bapa tirinya.
“Ketika berada dalam bilik, inspektor berkenaan yang juga pegawai penyiasat kes membabitkan remaja perempuan itu memberitahu dia mahu membuat pemeriksaan pada kemaluan mangsa.
Mangsa ketika itu sedang duduk di kerusi dan pegawai berkenaan kemudian memintanya supaya mengangkang untuk memudahkan pemeriksaan dilakukan terhadapnya,” katanya.
Difahamkan, inspektor berkenaan memberitahu mangsa peralatan yang sepatutnya digunakan untuk pemeriksaan tidak dapat berfungsi dengan baik, oleh kerana terlalu takut remaja berkenaan membiarkan sahaja inspektor tersebut merogol dirinya.
Menurutnya, mangsa mendakwa kejadian itu berlaku hampir 30 minit dan selepas itu dia diminta pegawai polis terbabit memakai kembali pakaiannya, inspektor tersebut kemudiannya memberitahu yang kes berkenaan belum selesai serta diarahkan kembali untuk siasatan.
“Susulan daripada itu, mangsa yang sudah tidak bersekolah tampil membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit selepas tiga hari ia berlaku dan dia juga dipanggil ke IPD untuk memberi keterangan.
Remaja perempuan itu juga sudah dibawa menjalani pemeriksaan di hospital dan sepasukan polis unit forensik yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian turut menemui beberapa kesan dipercayai air mani pada cadar serta sarung bantal,” katanya.
Selain itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan laporan dan penahanan pegawai berkenaan namun tidak mahu mengulas lanjut kerana siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan.
Baca: “Nak joging pun tak selamat” – Polis Buru Suspek Cubaan Merogol Di Taman Tasik