Pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United dikatakan berminat dengan memilih jenama kereta tempatan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) sebagai penaja.
Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin mendedahkan perkara itu semasa pelancaran Siri Golf Amatur Kebangsaan (PNAGS) di Saujana Golf and Country Club hari ini.
Artikel berkaitan: Hikmah Di Sebalik Kejadian, Lelaki OKU Tular & Keluarga Dapat Tajaan Pakej Umrah
Artikel berkaitan: ”Kami bersama anda” – 2 Pemain Kelab Manchester United Bagi Kata Semangat Istimewa Untuk Faisal Halim
Menjawab soalan mengenai tajaan untuk Liga-M atau kelab tempatan, Asmat berkata Manchester United telah membuat tawaran yang amat mengejutkan.
“Baru-baru ini, saya menerima surat daripada Manchester United yang bertanya sama ada boleh memaparkan logo Perodua pada baju mereka dan sama ada kami berminat untuk menaja mereka.
Saya biasanya tidak berkongsi perkara seperti ini secara terbuka, tetapi secara peribadi, saya sebenarnya penyokong Arsenal.
Kalau saya buat begitu, rasa macam tak adil untuk Arsenal,” katanya.
Beliau juga berkata penajaan Perodua dalam bidang sukan khususnya bola sepak tempatan perlu mengira banyak faktor.
Dalam pada itu, beliau juga berkata pihaknya sentiasa melihat peluang itu dan perlu berhati-hati dalam membuat keputusan agar ia memberi kebaikan dan tidak merugikan mana-mana pihak
Sumber: New Straits Times