in

“Mana ada!” – Netizen Bengang Malaysia Di Tangga Kedua Negara Paling Rasis Di Dunia

Ft Malaysia Kedua Rasis

Satu tinjauan yang dibuat oleh Index Mundi, sebuah portal data komprehensif dengan fakta dan statistik peringkat negara telah menyatakan bahawa Malaysia disenaraikan sebagai negara kedua paling rasis di dunia.

Dalam ‘Kajian Diskriminasi Kaum’, mereka mengukur sejauh mana perkauman wujud di negara tertentu seperti yang dilihat oleh penduduknya dengan bertanya “Seberapa besar masalah diskriminasi kaum di negara tempat anda tinggal?”, jadi keputusan itu meletakkan Malaysia menduduki tempat kedua selepas Afrika Selatan.

 

Negara kedua paling rasis?

Screenshot 2022 09 27 142348

Dalam keputusan indeks tersebut, dilihat Afrika Selatan menduduki tempat pertama dengan mata indeks 6.86, Malaysia kedua dengan 6.32 manakala Guatemala menduduki 3 teratas dengan mata indeks sebanyak 6.10.

Kesemua negara 10 teratas melibatkan negara dari seluruh dunia seperti Asia, Afrika dan Amerika Selatan. Dilihat Perancis telah merupakan negara paling rasis di Eropah, manakala Greece berada di kedudukan ke-12.

Sementara itu, negara jiran, Singapura menduduki tempat ke-73 dengan 3.28 mata indeks manakala Indonesia menduduki tempat ke-14 dengan 4.99.

Keputusan indes tersebut telah tular di media sosial, ramai yang tak pelik dengan keputusan namun rata-rata marah kerana mereka tidak rasa tahap perkauman di Malaysia seteruk seperti negara-negara lain.

 

Misleading – Netizen

Dalam pada itu ramai juga menyifatkan bahawa isu perkauman ini wujud daripada orang-orang politik.

Screenshot 2022 09 27 143509 Screenshot 2022 09 27 143809 Screenshot 2022 09 27 143823 Screenshot 2022 09 27 143837

Screenshot 2022 09 27 143509 1

Apapun, jika dilihat pada keputusannya, jumlah orang yang mengundi negara ini hara 451 orang sahaja. 

Baca : “Dilarang menggunakan gelaran finalis” – Peserta ‘Rasis’ Disingkirkan Dari Miss International Malaysia

Untitled Design 2022 03 18T170350.291

Sumber: Index Mundi