in

“Mama kenapa perempuan tu langgar papa sampai mati?” – Keluarga Arwah Tak Bersedia Nak Maafkan Pemandu Myvi

Cascasc 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemandu wanita yang memandu Perodua Myvi dan terlibat dalam kemalangan yang melibatkan tiga kereta dan membunuh seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia pada Sabtu lalu telah dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan didenda sebanyak RM11,300 oleh Mahkamah Majistret sebentar tadi.


Hakim, Suhaila Shafi’uddin telah jatuhkan hukuman penjara kepada Nur Fatin Nasrah Suhaimi lepas wanita ini mengaku bersalah atas kesemua empat pertuduhan yang melibatkan kemalangan tersebut.

Wanita ini turut hilang kelayakan untuk memiliki dan memperbaharui lesen memandunya selama lima tahun, lapor Bernama.

Ej Jmpwvoaajfrn 1

Manakala bagi keluarga Laskar Kanan Mohd Rizal Suberi pula, mereka masih belum bersedia untuk memaafkan pemandu wanita tersebut yang menyebabkan kematian anggota TLDM itu.

Isteri arwah, Nurul Asyiken Amir berkata yang dia dan tiga anaknya masih dalam keadaan terkejut dan sedih atas peninggalan ini, lapor Harian Metro.

“Saya tidak dapat berikan jawapan sama ada kami maafkan pemandu wanita itu kerana sukar mengungkapkan kata-kata itu.”

“Anak sulung berusia lima tahun sudah menonton video kereta bapanya dirempuh wanita itu dan kemudian bertanya ‘Mama kenapa perempuan itu langgar papa sampai mati.'”

“Hati saya hancur. Derita itu hanya saya dan anak yang akan tanggung. Bila awak kata wanita itu minta maaf kepada kami, sukar untuk kami terima.”

Ekwi2Nvvkaaxtrb

Sebelum ini, ketika prosiding di Mahkamah Majistret, Nur Fatin sempat memohon maaf dan ampun kepada keluarga Allahyarham atas kemalangan yang berlaku.

Saya bukan tidak menerima suratan takdir, namun mengenangkan suami baharu sahaja menyambut hari jadi anak sulung sebelum kejadian itu berlaku, menyebabkan hati ini hancur. Kami sekeluarga baru sahaja berkumpul dan gembira bersama, tiba-tiba jadi macam ini. Hati mana tidak sedih.”

Pun begitu, Nurul Asyiken berharap kemalangan ini boleh dijadikan iktibar oleh orang lain.

 

Baca: Pemandu MYVI Sebabkan Kematian Anggota TLDM Mengaku Bersalah, Dipenjara 6 Tahun & Denda RM8,000

Screenshot 2020 10 15 At 5.50.01 Pm

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.