in

Malu Untuk Nangis? Jangan Risau, Ini 5 Kebaikan Sekiranya Keluarkan Air Mata

Page Nangis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang yang beremosi pastinya akan senang untuk mengalirkan air mata. Lagi-lagi yang memang pantang ada adegan sedih dalam drama atau filem, tahu-tahu basah je pipi laju air mata keluar…


Menangis bukanlah sesuatu perkara untuk dimalukan kerana ianya adalah normal untuk menunjukkan keadaan emosi yang sedang dilalui secara fizikal. Hal ini kerana menangis boleh jadi disebabkan seseorang itu terlalu gembira ataupun sedih sehingga tidak mampu kawal emosinya sehingga mengalirkan air mata.

Menurut Woman’s Health Mag, didapati kaum wanita lebih mudah untuk mengalirkan air mata berbanding dengan lelaki walaupun tiada kajian yang mengatakan tentang kekerapan seseorang itu mengalirkan air mata. Kaum wanita biasanya akan mengalirkan air mata dalam lingkungan 30 hingga 64 kali setahun.

Oleh itu, beberapa kajian dari pakar juga membuktikan yang mengalirkan air mata mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan bukanlah sebagai simbolik kepada kesedihan semata-mata. Jadi, ini antara lima kebaikan sekiranya kerap mengalirkan air mata.

1. Melegakan tekanan

20180712073541.5691384141677

Kalau korang nak tahu, menangis adalah pilihan yang tepat untuk dibuat sekiranya sedang mengalami tekanan ataupun stres terhadap sesuatu perkara.

Terdapat satu kajian dari American Academy of Ophthalmology yang mengatakan bahawa air mata yang beremosi mengandungi tahap hormon tekanan yang tinggi dan boleh menjadikan seseorang itu berasa lega selepas menangis sepuas-puasnya.

2. Boleh menaikkan semangat

7Bc729B92673265C5886D87465B929D2

Selain dari boleh menghilangkan tekanan, mengalirkan air mata juga boleh meningkatkan ‘mood’ seseorang lagi-lagi lepas menangis akibat rasa sedih. Ini kerana, ketika menangis teresak-esak, udara akan dihirup dengan lebih cepat berbanding normal.

Jadi, dengan menghirup udara yang cukup sehingga ke bahagian otak, suhu badan juga akan dapat dikawal dengan baik. Otak juga akan berasa lebih tenang sehingga membuatkan seseorang berasa ringan dan bersedia untuk rasa ceria semula!

3. Mengukuhkan hubungan

Sahabat 59Edde485C814A35F34A0982

Manfaat yang ketiga, sekiranya terdapat orang di sekeliling kita yang menangis, ini boleh membantu meningkatkan keutuhan hubungan dengan mereka. Lagi-lagi kalau berada dengan mereka sewaktu dilanda gangguan emosi ketika ditimpa musibah ataupun masalah yang menyebabkan mereka menangis.

Ini kerana, menangis boleh membuka ruang untuk menjadi lebih rapat kerana ia menunjukkan yang mereka sedang memerlukan sokongan emosi untuk kembali stabil sambil ditenangkan oleh orang sekeliling mereka.

4. Boleh tidur dengan lena

Makanan Untuk Tidur Lena

Kebaikan yang keempat ini sangat memberi berita baik kepada sesiapa yang suka untuk tidur kerana menangis juga dipercayai boleh menyebabkan seseorang itu memperoleh tidur yang lena dan tenang.

Seperti yang dikatakan oleh Medical News Today, ia menjelaskan tentang proses yang berlaku semasa mengalirkan air mata yang mana ia mengaktifkan sistem saraf parasimpatetik (PNS) yang dapat membantu manusia berasa lebih lega selepas menangis.

5. Dapat bunuh bakteria dan bersihkan mata

Gosok Mata Menyebabkan Jangkitan Covid

Kebaikan yang terakhir adalah dengan menangis, bakteria dapat dibunuh dan juga mata akan menjadi bersih kerana air mata manusia mempunyai satu kandungan cecair yang dipanggil sebagai lisozim.

Lisozim mempunyai kandungan antimikrob yang tinggi dan boleh membantu untuk mengurangkan risiko kesakitan terhadap bebola mata selepas sering terdedah dengan bermacam-mcam zarah kotoran dan juga habuk yang sering masuk ke dalam mata manusia.

Jadi, apabila menangis, mata akan dibersihkan dari segala kekotoran dan dapat menghindarkan dari terdedah kepada kotoran habuk yang banyak terhadap bebola mata kita. Namun, sekiranya tangisan anda mula untuk mengganggu gaya hidup anda, anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar untuk ketahui rawatan yang lebih sesuai.

Baca: Nak Kulit Glowing? Nak Badan Sihat? Ini 6 Kebaikan Minum Air Lemon!

Untitled 3 8

Sumber: HaloDoc
Sumber: IDNTimes
Sumber: Kompasiana
Sumber: Sirap Limau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.