in ,

“Malaysia Baharu, tak padan Siti Kasim dengan Tommy Thomas berjoget”-[VIDEO] Viral Dipercayai Peguam Negara Sakan Berjoget.

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pernah tak korang hadiri mana-mana majlis makan malam sama ada di buat di hotel atau restoran terkemuka.

Biasanya majlis tersebut pasti akan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian, tarian dan part paling ditunggu-tunggu semestinya cabutan bertuah..admin selalunya jarang luck…

Terbaru satu video jadi viral di media sosial apabila memaparkan seorang individu iaitu antara paling berkuasa dalam perihal undang-undang negara kelihatan ‘galak’ berjoget dalam majlis tersebut..alamak, siapa pulak tu.

Menurut sumber di facebook Shahrul Nasrun, video berdurasi 49 saat tersebut menunjukkan lelaki yang dipercayai Peguam Negara, Tommy Thomas kelihatan sedang bersuka ria menari di atas pentas di majlis Opening Of The Legal Year 2019 Gala Dinner bertemakan JUSTICE The Way Forward.

Namun admin tak dapat nak sahkan bilakah majlis tersebut berlangsung.

Opening Of The Legal Year 2019 Gala Dinner

AG & TWISTKerajaan PH mengamalkan langkah penjimatan di beberapa kementerian. Tetapi majlis Opening Of The Legal Year 2019 Gala Dinner Justice The Way Forward dibuat dalam suasana mewah dan meriah.Status sebagai Peguam Negara (AG) sensitif ia posisi penting di dalam sistem kehakiman dan perundangan negara.Seingat saya, PH pernah mendesak dan minta bekas Peguam Negara, TS Apandi Ali meletak jawatan disebabkan aksinya berjoget selepas tamat sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-59 dirakam kamera.Rujuk : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/09/03/peguam-negara-menari-dengan-menteri-beri-penjelasan-atau-letak-jawatan/Jadi, kita nak tanya apa pendirian mahacai PH apabila Tommy Thomas dirakam menari twist dan seperti orang mabuk wiski?Tidak mahu demo untuk mendesak AG, Tommy Thomas letak jawatan?

Posted by Shahrul Nasrun on Friday, January 18, 2019

 

Apa yang menjadi tumpuan netizen sebenarnya, bukan sahaja perilaku lelaki yang dipercayai peguam negara itu sebaliknya juga kelibat seorang wanita berambut pendek seakan-akan Siti Kasim, individu yang banyak mencetuskan kontroversi di negara ini.

Mereka berkongsi pentas yang sama dan menari beramai-ramai di atas pentas berlatar belakangkan lagu inggeris yang agak rancak.

Malah Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut berkongsi video tersebut di facebook miliknya berserta caption yang agak #deep, cuma durasi kali ini lebih panjang iaitu 1 minit 34 saat.

Malaysia Baharu menyatukan Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Menteri Undang-undang, Peguam-peguam Pakatan Harapan Datuk Ambiga, Siti Kasim dll dalam satu pentas keramaian. Saja nak tahu dari segi etika kehakiman dan profesyen guaman, apakah ini dibenarkan? Atau ini sebahagian daripada tuntutan ‘Rule of Law’ acuan Malaysia Baharu?

#MalaysiaBaharuKe?

Malaysia Baharu menyatukan Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Menteri Undang-undang, Peguam-peguam Pakatan Harapan Datuk Ambiga, Siti Kasim dll dalam satu pentas keramaian. Saja nak tahu dari segi etika kehakiman dan profesyen guaman, apakah ini dibenarkan? Atau ini sebahagian daripada tuntutan ‘Rule of Law’ acuan Malaysia Baharu?#MalaysiaBaharuKe?

Posted by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI on Friday, January 18, 2019

 

Rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki yang dipercayai peguam negara sedang berjoget, malah mempersoalkan ‘kenapa boleh berhibur, sedangkan pembunuh Adib masih bebas”.

Pembunuh Adib bila nak dakwa?

Apa-apa pun kita tak boleh nak dengar satu pihak je kan?

Baca : Peguam Negara sebelum ni Melayu Islam, tapi apa dia buat?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: