in

Maki Pembuat Kertas Soalan Sejarah SPM, Pelajar Akhirnya Ditangkap Polis

Sejarah Spm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas video yang dimuat naik di TikTok dan Facebook tular, 2 remaja lelaki yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kertas Sejarah SPM akhirnya telah ditahan pihak berkuasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata dua remaja berusia 18 tahun tersebut telah ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada guru wanita berusia 53 tahun, jam 10.53 pagi semalam.


“Pelajar itu juga turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan serta menghina Singapura.”

Selain itu, polis juga telah merampas sebuah telefon bimbit iPhone 11 dalam serbuan itu. Ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati negatif dan semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod lampau.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Suffian menasihatkan orang ramai supaya menghentikan penyebaran video terbabit yang menimbulkan kegusaran dan mengelirukan masyarakat sehingga tercetusnya perbalahan.

Telah memuat naik video meminta maaf

Walau bagaimanapun, video pelajar tersebut meminta maaf turut tular tidak lama selepas itu. Rata-rata netizen berpendapat pelajar-pelajar ini tidak sepatutnya bercakap tanpa usul periksa.

Selain itu, tindakan mereka memuat naik video tersebut juga merupakan sesuatu yang tidak patut dilakukan.

Walaupun marah, mereka tidak sepatutnya menghamburkan kata-kata kesat sehingga menimbulkan kemarahan ramai.

Sejarah Spm

Apa pula pendapat anda?

Sumber: Berita Harian

Baca: Calon SPM Mohon Maaf Secara Terbuka Lepas Video Mencarut Soalan Subjek Sejarah Tular

Ft Calon Spm Mencarut Mohon Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.