Untuk orang Asia, kalau sehari tak dapat nasi tu memang boleh buat marah. Tapi tak adalah sampai nak membunuh kan?
Tapi insiden yang berlaku di negara jiran ni lain pula. Seorang wanita berusia 52 tahun meninggal dunia selepas dipukul dengan teruk oleh anak lelakinya hanya gara-gara tak masak nasi.
Menurut Tribun, kejadian ini berlaku di Dusun Muara Tolang, Desa Dolosaut, Indonesia Sabtu lalu.
Semuanya bermula apabila suspek bangun pada jam 9 pagi dan meminta ibunya untuk menyediakan nasi, jelas Ketua Polis Taput, Jonser Banjarnahor.
Saya tak memasak nasi di rumah, saya masak nasi di rumah tetangga kerana ada acara, kalau mahu makan, makan aja ke sana.”
Namun, suspek tak boleh nak menerima jawapan ibunya itu hingga terjadinya pertengkaran. Suspek kemudiannya mengambil kayu api di luar rumah untuk memukul ibunya.
Suspek lalu memukul kepala ibunya di sebelah kanan sekuat tenaga namun tak berpuas hati kerana ibunya tak jatuh dan terus memukul di sebelah kiri hingga ibunya terjatuh.”
Selepas memukul ibunya hingga jatuh dan melihat kepala ibunya berlumuran darah, suspek tinggalkan ibunya dan pergi ke rumah jiran untuk memberitahu yang dia telah memukul ibunya di rumah.
Selepas mendengar pengakuan dari lelaki ini, jiran-jiran yang sedang berkumpul terus ke rumah mangsa untuk melihat keadaannya dan membawa mangsa ke hospital namun ibu malang ini meninggal dalam perjalanan.
Pihak polis mendapat tahu yang suspek hanya tinggal berdua sahaja di rumah tersebut bersama ibunya kerana bapanya telah lama meninggal dunia.
Selepas mendapat tahu mengenai kejadian ini, pihak polis telah menangkap suspek di rumahnya dan dia kena sedang ditahan dan jika sabit kesalahan, dia boleh menerima hukuman penjara 15 tahun.
Baca: Kebahagiaan ‘Happy Family’ Ini Berakhir Apabila Dua Beradik Ini Bunuh Ibu Bapa Mereka Sendiri Sebab…