in

Mak Sepak Anak 8 Tahun Sebab Tak Pandai Eja ‘Kiblat’

Asdaasdadas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nak didik anak ni memang kena banyak bersabar.


Kebiasaannya kalau berhenti kat RnR dan pergi surau, mesti ada nampak ibu dan anak-anak dorang solat sekali kan. Budak-budak bising dan bersembang kat situ boleh kira perkara biasa lah. Tapi perbualan anak dengan ibunya ni menarik perhatian seorang wanita yang turut menggunakan surau di RnR tersebut.

Menurut perkongsian wanita dikenali sebagai Izzah tu di laman Facebook, dia terpanggil untuk berkongsi perbualan yang didengarinya waktu tu.

1 10
sumber: facebook

 

Sepak anak sebab tak pandai eja ‘kiblat’

2 9
sumber: facebook

 

“Kau dah darjah 2 tak reti lagi mampuslah!”

Tak cukup dengan tu, kakaknya pula mengejek si adik yang masih kurang mahir membaca. Kemungkinan, ibu dan bapa budak tu mungkin sudah bercerai sebab wanita tersebut mengugut untuk meninggalkan mereka kepada bapanya.

3 10
sumber: facebook

 

“Anak takkan lahir tanpa persetubuhan ibu bapa”

Disebabkan insiden yang disaksikan, Izzah menegaskan bahawa ibu bapa tak boleh suka-suka nak beranak tapi lepas tu tak reti nak didik anak. Cara yang ditunjukkan wanita di surau tu ternyata bukanlah cara yang betul untuk mengajar dan memberi teladan kepada anaknya.

4 8
sumber: facebook

 

Jangan tambah anak, tapi GAGAL mendidik

Izzah juga mengingatkan orang ramai supaya ibu bapa lebih peka dengan keadaan keluarga dan jangan suka hati nak main tambah-tambah. Biarlah hanya beberapa orang anak tapi yang penting kita perbetulkan dulu diri supaya tak gagal mendidik di masa akan datang.

5 2
sumber: facebook

Betul tu. Kalau anak tak reti nak eja, kita ajarkan lah elok-elok. Bukan main tendang je. Kalau macam tu sampai bila-bila pun anak tu tak reti nak mengeja.

Baca: Netizen Puji Ibu Kanak-kanak 7 Tahun Berjaya Didik Anak Solat Dengan Sempurna

Sdasadsdas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.