Kisah percintaan Yasmin Hani dan Alif Hadi ini hangat diperkatakan oleh warganet, ada juga yang melabel mereka sebagai couple of the year! Memang tidak dinafikan mereka berdua memang sweet lagi-lagi bila tengok media sosial mereka.
Namun, baru-baru ini telah timbul satu isu dimana warganet mengatakan kononnya mereka ini tinggal serumah. Oleh itu, Yasmin telah tampil memberikan penjelasan yang dia menetap bersama ibunya dan Alif hanya datang untuk menjamu selera bersama keluarganya.
Dia turut berkata, Alif selalu datang ke rumah untuk makan dan bila ada dakwaan sebegitu, saya berasa amat sedih dan betapa kolotnya pemikiran manusia sekarang. Kalau teman lelaki datang rumah, difitnahnya tinggal serumah.
“Mak saya nak campak mana? Saya tahu bawa diri, mana betul dan salah,” tambah Yasmin.
Pelakon dan pengacara itu juga memberitahu yang ahli keluarganya yang lain juga berada di rumah itu dan tak perlu untuk dia menunjukkan yang ibunya sentiasa ada bersama.
Menjawab soalan netizen tentang khabar angin ingin berkahwin tahun ini, Yasmin menjawab yang dia tidak tergesa-gesa untuk berkahwin dan dia mahu memastikan Alif bersedia sepenuhnya untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah kepada dua anak lelakinya.
“Tetapi, anak-anak saya memang sayangkan dia. Apa-apa hal, cari dia dulu. Bila tiba waktunya, saya akan umumkan. Saya mahu pastikan Alif betul-betul bersedia sebab saya ada cara sendiri menguruskan keluarga,” lapor Utusan.
Haa tu tuan badan sendiri dah jawab, jadi tak payah la kita tuduh menuduh sebab kalau tak betul kan dah jadi fitnah tu…
Baca : “Kurangkan mengumpat!” – Maria Farida Kongsi Rahsia ‘Rare’ Untuk Kekal Awet Muda