“Mak aku! Kenapa kau buat mak aku?!” – Lelaki Belasah Abang Kerana Tikam Ibu Mereka

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



“Mak aku! Kenapa kau buat mak aku?!” – Lelaki Belasah Abang Kerana Tikam Ibu Mereka

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Biasanya pergaduhan antara adik beradik merupakan perkara biasa dan selalunya tidak akan kekal lama. Pagi bergaduh, tengahari dah bergurau senda. Namun tidak semua adik-beradik akan masih bermesra apabila tercetusnya suatu isu yang amat berat sekali.

Semalam sebuah video menunjukkan aksi ganas seorang adik memukul abangnya sendiri tular di Facebook. Namun, sebab disebalik pergaduhan itu rupa-rupanya ada kaitan dengan sebuah berita yang dilaporkan Harian Metro baru-baru ini.

Sumber : Facebook

Di dalam video itu, kelihatan seorang lelaki sedang memukul abangnya sendiri secara bertubi-tubi. Kedua-dua tangan abangnya telah diikat supaya dia tidak boleh melarikan diri atau melawan adiknya itu.

“Mak aku! Mak aku! Mak aku! Kenapa buat mak aku?!”

Sumber : Facebook

Selepas menumbuk dan menampar abangnya itu, dia mengakhiri pergaduhan itu dengan menendang kepalanya dan terus beredar dari kawasan tersebut meninggalkan abangnya dalam keadaan terikat dan kesakitan.

Rupa-rupanya, pergaduhan tersebut berlaku oleh kerana insiden yang telah terjadi Rabu lalu di mana sebuah perbalahan telah berlaku di rumah kediaman keluarga tersebut di Felda Jengka 10, Maran, Pahang.

Gambar hiasan

Menurut Harian Metro, abangnya telah membawa sebaldi air sungai ke dalam rumah dengan niat untuk mencuci tikar getah kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Ibunya yang berada di rumah ketika itu melarang anaknya membasuh tikar tersebut dan menyuruhnya mandi serta mengemas bilik sahaja kerana hari sudah gelap.

Namun, apabila keluar dari bilik air dia terus menyerang ibunya sendiri yang sedang duduk di kerusi meja makan ketika itu. Dia terus mencekik dan menikam warga emas itu sehingga terjatuh dan menjerit kesakitan.

Sumber : Sinar Harian

Mujur jeritan itu didengari jiran yang kemudian membawa mangsa ke Hospital Jengka. Ibunya yang berusia 64 tahun itu telah menerima sebanyak 10 jahitan kerana mengalami kecederaan di rusuk dan peha kiri, belakang badan serta telinga kanan.

Anaknya pula telah melarikan diri namun ditahan oleh pihak polis dengan bantuan orang ramai kira-kira setengah jam selepas kejadian itu.

Sumber : Facebook

Hasil siasatan menunjukkan anaknya sedang berada dibawah pengaruh dadah jenis syabu ketika kejadian itu. Dikatakan semasa serangan, dia seakan-akan berhalusinasi dan menuduh ibunya adalah iblis.

“Ini bukan mak aku! Ini iblis!”

Lelaki berusia 40 tahun itu kini sedang disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sebab itulah kita perlu jauhi dadah. Syukur ibunya terselamat.

Baca : Anak Derhaka Jerut Leher Ibu Sebelum Rakan Tikam Bahagian Perut

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syahirah Izzati

Seorang gadis yang mampu makan dan tonton video kucing secara berterusan di luar norma manusia biasa. Kurang songeh dan berkebolehan membuat anda tersenyum sinis.