in

Anak Derhaka Jerut Leher Ibu Sebelum Rakan Tikam Bahagian Perut

Featured1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki tergamak menjerut leher ibunya sendiri menggunakan tali pinggang keledar sebelum rakannnya menikam bahagian perut wanita berusia 43 tahun itu.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 9 malam tadi di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan ketika wanita itu menjemput anaknya dan rakan pulang dari sebuah pusat tuisyen.


Semasa di dalam perjalanan menuju ke rumah, ketika di dalam kereta anaknya bersama rakan tiba-tiba bertindak di luar kawalan dengan menjerut lehernya manakala rakannya itu menikam perut mangsa menggunakan sebilah pisau.

Akibat terkejut dengan tindakan anaknya serta rakan itu, mangsa memberhentikan kereta serta-merta untuk menyelamatkan dirinya. Disebabkan itu, mangsa cedera di bahagian lengan dan anggota badan lain akibat terkena pisau ketika cuba mempertahankan diri.

Selain mereka bertiga, anak perempuan mangsa berusia 9 tahun turut berada di dalam kereta berkenaan. Jiran wanita itu kemudian menyedari kejadian yang menimpanya selepas terdengar jeritan anak perempuan beliau yang cuba meminta pertolongan.

Disebabkan itu, kedua-dua suspek yang berusia 15 tahun cemas dan keluar dari kereta untuk melarikan diri. Mengalami cedera parah, wanita itu terus dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Pisau Yang Digunakan Untuk Menikam Mangsa

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Datuk Dev Kumar berkata, kedua-dua suspek telah menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Samarahan kira-kira jam 12.15 tengah malam.

“Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.