in

Main Telefon Sambil Buang Air Bahaya, Risiko Buasir & Kuman Tersebar

Cats 56

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa di sini sering menggunakan telefon ketika membuang air besar di tandas? Tabiat seperti ini dilakukan oleh ramai kerana membuang air besar kadang kala mengambil masa yang lama dan membosankan.


Namun tahukah anda, tabiat membawa telefon bimbit ke dalam tandas boleh membawa kemudaratan dan mengundang pelbagai penyakit.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh Facebook Public Health Malaysia (PHM), duduk terlalu lama di dalam tandas boleh mmebawa kepada risiko penyakit buasir. Apabila seseorang itu bermain telefon di dalam tandas, individu tersebut akan cenderung untuk duduk lebih lama berbanding kebiasaan.

Sambung PHM, telefon bimbit juga berisiko untuk terjatuh di dalam tandas dan situasi ini boleh mengganggu privasi orang lain.

Selepas menggunakan tandas kita akan membasuh tangan dengan sabun, tetapi kita tidak akan membasuh telefon bimbit.

“Oleh itu, kuman dari tandas akan dibawa ke tempat lain termasuk meja makan dan bilik tidur,” katanya.

Untuk itu, PHM menasihati orang ramai agar tidak membawa telefon bimbit ke dalam tandas kerana ia boleh mengundang kepada penyebaran kuman dan membawa kepada risiko buasir.

Tambah PHM, masa yang sesuai untuk membuang air besar secara sihat adalah tidak lebih dari 10 minit.

Kredit: Kosmo

BACA: Lelaki Dipecat Gara-Gara Terlalu Lama Ke Tandas Ketika Waktu Bekerja

Capture 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.