Seorang lelaki di China telah menyaman bekas majikannya kerana tak puas hati apabila syarikat itu telah memecatnya gara-gara dia berada terlalu lama di dalam tandas untuk toilet break ketika waktu bekerja.
Menurut Oddity Central, lelaki itu telah menjadi perhatian media di negara itu kerana kes saman itu dilihat agak aneh.
Difahamkan, sebelum dipecat, lelaki yang hanya dikenali sebagai Wang itu baru sahaja menjalani pembedahan untuk masalah anorektal.
Jadi, selepas pembedahan itu dia tetap mengalami kesakitan dan ketidakselesaan di bahagian duburnya.
Oleh sebab itu lah, dia terpaksa berada di dalam tandas sekitar tiga hingga enam jam sehari.

Bekas majikan Wang mendakwa sepanjang tempoh 10 hari dia datang ke pejabat, Wang telah ke tandas sebanyak 22 kali, di mana sesinya berada di dalam tandas mengambil masa sekitar 47 minit hingga enam jam.
Lama tu! Kalau dah lama macam tu, bila je dia ada masa untuk buat kerja?
Sebab itu lah, syarikat itu memecat Wang.
Namun, Wang rasa tak puas hati kerana dia ke tandas lama-lama sebab mengalami ketidakselesaan akibat kesan daripada pembedahan yang dijalaninya.
Menurut bekas majikannya, Wang menjalani pembedahan pada Disember 2014, dan selepas dia bekerja semula pada Julai 2015, Wang mula meluangkan masa yang lama dalam tandas ketika waktu bekerja.

Majikannya mula mengawasi waktu toilet break Wang untuk mengetahui berapa kerap dia ke tandas dalam sehari dan selepas mengawasinya sepanjang tempoh 7 September hingga 17 September, syarikat itu memutuskan untuk memecat Wang.
Ini kerana sepanjang tempoh itu, Wang sekurang-kurangnya telah ke tandas tiga kali sehari dan untuk setiap sesi toilet break, Wang telah meluangkan masa yang sangat lama dalam tandas.
Jadi, pada Oktober 2015, Wang membawa kes itu ke mahkamah kerana merasakan pemecatannya itu tidak adil.
Setelah bertahun-tahun dibicarakan, akhirnya pihak mahkamah memutuskan bahawa tindakan Wang yang kerap ke tandas adalah tidak munasabah dan tidak memenuhi keperluan fisiologi manusia biasa.
Jadi, dia tidak berjaya mendapatkan pekerjaannya semula.
Kalau kerap dan lama sangat ke tandas hari-hari pun susah juga. Bila kerja nak siap kalau macam tu kan?
Sumber: Oddity Central
Baca: “Tak suka boleh blah!”- Gadis Kongsi Pengalaman Dipecat Lepas Persoal Tentang Waktu Bekerja