in

“Main kahwin2 pula” – Bosan Duduk Rumah, Mak Abah Pergi Butik Melaram Pakai Baju Pengantin

Mak Abah Main Kahwin2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perasan tak apabila melihat orang-orang lama, perkahwinan mereka kebanyakannya berkekalan cukup lama sehingga puluhan tahun.

Samalah juga dengan pasangan suami isteri ini yang begitu mesra mengalahkan orang muda sehingga mampu mencuri perhatian ramai.


Tular sebuah video di TikTok yang dimuat naik oleh @azurabohari88, memaparkan gelagat ibu dan bapanya melaram baju pengantin kerana kebosanan berada di rumah.

@orkedbyazurabohari

tahun ni tahun ke 38 tahun abah Dan mak membina masjid Dan Mempunyai anak yg taat lagi cantik seperti Ku.. umur abah 68 umur mak 57 beza 11 tahun sbb dlu abah tipu mak masih nk kawen..dia kata umur nya 21 padahal umur dah 29 tahun time kawen.. mak X bercinta sgt pun time tunang.. org dulu2 kan ?? bila dah kantoi, kawen je lah.. nk buat mcm mana dah jodoh ?? semoga abah Dan mak kekal sihat Dan Di panjangkan umur, kerana Kami belum puas bahagiakan mak abah ♥️♥️

♬ Nyaman – Ash Fasryll

Menerusi video tersebut, sempat si isteri meminta suaminya untuk memakai baju pengantin lelaki bersongket hijau untuk sedondon dengannya. Malah, mereka juga turut mengenakan aksesori seperti mahu bersanding.

Pasangan itu tersenyum malu apabila diminta untuk posing di hadapan kamera seperti pengantin baru.

Difahamkan, pasangan itu sudah 38 tahun mendirikan rumah tangga seperti yang dinyatakan dalam kapsyen video itu.

Menurut sumber mStar, butik tersebut merupakan milik pengguna TikTok tersebut dan ia bukanlah kali pertama ibu bapanya memakai baju pengantin kerana mereka sering berkunjung ke sana untuk mengisi masa lapang.

Kata Azura, ibu bapanya seperti kebanyakan orang-orang lama yang lebih hangat bercinta selepas mendirikan rumah tangga.

Tambahnya, walaupun ibu bapanya kelihatan serasi, sebenarnya mereka berdua mempunyai karakter yang berbeza.

“Kita yang tengok ni pun tersenyum”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tersenyum melihat kemesraan pasangan suami isteri ini.

Screenshot 2023 07 05 172918

Dalam pada itu, ramai turut mendoakan agar pasangan berkenaan terus diberi kesihatan yang baik dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Alahai, sweet sangat ni!

Baca: “Orang ingat cucu”- Lelaki Tak Malu Dapat Anak Di Usia 43 Tahun, Lepas 15 Tahun Menanti
Ft Ayah Dapat Anak Umur 43 Tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.