in

“Maid dari neraka”- Amah Indonesia Bagi Majikan Makan Nasi Dan Minuman Campur Air Kencing, Air Liur & Darah Haid

Featured 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingat benda-benda macam ni berlaku kat dalam televisyen je, rupanya dalam ‘real life’ pun ada.


Dalam kejadian yang berlaku di Singapura, seorang pembantu rumah warganegara Indonesia tergamak menyediakan hidangan jijik kepada keluarga majikannya.

Dia mencampurkan hidangan nasi dan air untuk majikannya dengan air kencing, air liur dan darah haidnya dengan harapan mereka lebih berlembut dan tidak memarahinya”

490977
Sumber: the star

Bukan itu sahaja, pembantu rumah itu juga dikatakan telah mencuri sebanyak Singapore Dollar $13,300 atau bersamaan kira-kira RM40,000 dari peti simpanan majikannya antara Ogos 2017 hingga Jun 2018, lapor Channel News Asia.

Pelaku, Diana berusia 30 tahun dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan dan tujuh minggu pada Isnin lalu.

Dalam perbicaraan di mahkamah, dimaklumkan bahawa Diana mula bekerja dengan majikannya pada 2017.

Namun kira-kira 2 tahun kemudian iaitu Ogos 2019, Diana didakwa mencampurkan air kencing, air liur dan darah haidnya ke dalam air di dalam cerek, kerana tahu keluarga itu akan meminumnya.

Dan hakikatnya, keluarga majikannya ‘menikmati’ hidangan tersebut.

Giphy

 

Katanya, bila dia buat perkara tersebut, dia percaya yang keluarga majikannya akan setuju dengan setiap yang dilakukannya malah tidak akan marah-marah berhubung prestasi kerjanya.

Namun, disangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Pembantu rumah itu akhirnya mengaku perbuatannya dan keluarga tersebut membuat laporan kepada pihak polis pada Oktober 2019.

Diana yang tidak diwakili peguam berkata, dia seorang ibu tunggal dan mengaku segala kesalahannya.

“Saya hanya mempunyai seorang anak dan ibu saya sudah tua dan sakit. Saya satu-satunya pencari nafkah.”

Diana memberitahu bahawa dia mencuri wang tersebut kerana keluarganya di Indonesia “mengalami kesulitan”.

 

Ish dah macam apa dah buat majikan sendiri macam tu

Baca : Lain kali guna Google Translate ye Netizen Hentam Blog Makanan US Sebab Samakan &Fried Rice Dengan Nasi Goreng

Usa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.