in

“Mai campurkan darah haidnya dlm makanan saya” – Lelaki Kongsi Kisah Disihir Bekas Isteri Supaya Tinggalkan Isteri Baru

collage 31

Percaya atau tak, walaupun dunia sekarang dah semakin canggih dan berteknologi, masih ramai lagi orang yang gunakan bomoh dan sihir semata-mata untuk dapat apa yang dorang nak.

Menurut mStar, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Ammar menceritakan bagaimana hubungan dia dan isterinya retak selepas bekas isterinya cuba gunakan ilmu hitam kerana cemburu dengan kebahagian mereka.

“Sebelum mengenali isteri, saya pernah berkahwin, namun dia bersikap curang hinggakan lebih setahun bekas isteri saya, Mai tak pulang ke rumah.

“Setiap hari Mai mesej saya minta cerai tapi saya tak nak sebab saya sayangkan dia dan dua anak lelaki kami dan sejak Mai tinggalkan rumah, anak-anak saya yang jaga.”

Namun, lama kelamaan Ammar mengalah. Dia menceraikan Mai dan tak lama kemudian berkahwin dengan seorang lagi wanita yang mampu mencuri hatinya, Ain.

Baru dua bulan kahwin dah menyampah tengok muka isteri

1930005Ilustrasi Ilmu
Gambar Hiasan

“Dua bulan lalu, saya dapat rasa satu kelainan dengan hubungan saya dan isteri. Saya jadi cepat naik darah dan selalu marah isteri walaupun benda kecil.

Saya benci balik rumah, benci tengok wajah anak-anak dan jadi panas setiap kali masuk ke dalam rumah. Saya sampai sanggup tidur dalam kereta daripada tengok wajah isteri dan anak-anak.”

“Bukan tu saja, sampai satu tahap saya sampai tergamak hamburkan kata-kata makian yang menyakitkan hati isteri saya dan beritahu yang dia tak layak jadi ibu kepada anak-anak saya.”

Kalau korang nak tahu, selain dari rumahtangga pasangan ni yang hampir retak, Ain juga sering sakit-sakit dan muntah darah.

“Ain selalu beritahu yang dia dapat tengok mata saya penuh dengan kebencian terhadapnya dan setiap hari dia ajak saya jumpa ustaz untuk berubat.

“Tapi saya degil, saya jadi makin benci dengan Ain walaupun dalam hati saya masih sayangkannya. Bila jauh saya rasa rindu tapi bila depan mata ada je benda yang tak kena.”

Terlanjur dengan bekas isteri

Bukan tu saja, Ammar makin rapat dengan bekas isteri hingga mereka pernah terlanjur. Hubungan mereka sama macam pasangan suami isteri walaupun tak berkahwin semula. Ammar banyak menghabiskan wang untuk bekas isterinya.

Tak cukup dengan itu, atas kehendak Mai, Ammar sanggup menghalau Ain supaya bekas isterinya dapat tinggal semula di rumah bersama anak-anak.

“Keputusan yang bodoh, cuba bayangkan perasaan Ain bila saya suruh dia keluar dari rumahnya sendiri semata-mata sebab ingin puaskan hati Mai.

“Saya tahu hatinya remuk tapi saya tak rasa sedih sebab saya dah ada Mai. Saya siap hantar gambar kami tengah tidur sebantal lagi pada Ain.”

Perbuatan syirik bekas isteri terbongkar

Screenshot 2019 05 23 at 11.17.44 AM
Gambar Hiasan

Segalanya terbongkar bila Ammar terbaca mesej Mai dengan seorang lelaki dari Indonesia yang penuh dengan arahan untuk memastikan dia terus menjadi ‘milik’ Mai.

Satu persatu mesej perbualan itu saya baca dan diantaranya lelaki itu minta Mai campurkan darah haidnya dalam makanan saya dan bayangkan ia turut dimakan oleh anak-anak kami.”

“Mai turut meletakkan sesuatu dalam bantal saya dan apabila diselongkar saya jumpa sejenis kayu dan tak sangka Mai sanggup buat saya begini.

“Sekelip mata saya terus tersedar, saya halau bekas isteri dan saya seolah-olah baru bangun dari mimpi buruk.”

Ammar yang menyesal dengan perbuatannya terhadap Ain kini cuba untuk mencari semula isteri kesayangannya itu. Keluarga mertua meminta Ammar untuk berikan Ain masa dan ruang untuk tenangkan fikiran.

 

Baca: “Dia buat mak aku sampai nazak” – Dengki Punya Pasal, Hantar Sihir dan Hasut Kawan Sampai Benci

Screenshot 2019 05 23 at 11.08.42 AM