in

Mahu Bersenam Ketika Berpuasa? Ini Panduan Lengkap Untuk Anda

Cover

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai daripada kita yang berhenti bersenam apabila tibanya bulan Ramadan. Antara sebab utama adalah penat berpuasa dan tiada masa yang sesuai untuk bersenam.


Jika bersenam sebelum sahur, terlalu mengantuk dan tiada tenaga. Jika bersenam selepas berbuka pula, terlalu kenyang dan ada yang mahu menunaikan solat terawih dahulu. Jadi macam mana?

Meskipun di dalam bulan Ramadan, kecergasan dan kesihatan diri masih perlu dijaga. Buat anda yang mahu bersenam ketika bulan Ramadan, ini adalah panduan untuk anda!

1) Waktu terbaik bakar lemak?

Jika anda mahu membakar lemak, waktu yang terbaik adalah dalam 1 jam sebelum berbuka atau terus selepas berbuka dengan air kosong sahaja. Anda boleh lakukan senaman intensiti rendah seperti slow walk, brisk walk dan lain-lain.

Bagaimanapun, dengan keadaan cuaca yang panas dan lembap, adalah disarankan senaman ringan ini dilakukan di dalam rumah sahaja. Ini kerana cuaca negara ini kurang sesuai untuk beriadah terutamanya ketika berpuasa.

2) Waktu sesuai untuk bersenam

Anda sebenarnya tidak dinasihatkan untuk bersenam ketika sedang berpuasa di bulan Ramadan. Namun, waktu yang dicadangkan adalah selepas berbuka puasa, selepas solat terawih dan sebelum bersahur.

Thinkstockphotos 498743458

Menurut pakar kecergasan, tenaga dalam badan kita pada waktu tersebut mencukupi untuk melakukan aktiviti fizikal.

3) Tempoh senaman yang disyorkan

Menurut sumber, tempoh senaman yang disarankan adalah 30 hingga 45 minit sahaja untuk satu-satu sesi. 30 minit untuk senaman berintensiti tinggi, manakala 45 minit untuk senaman berintensiti rendah.

Namun jika anda berbuka puasa dengan makanan yang agak berat, anda boleh lakukan latihan beban atau senaman berat dalam 60 hingga 90 minit selepas berbuka.

4) Senaman yang boleh anda lakukan?

Pakar kecergasan tidak menggalakkan anda untuk lakukan senaman High-Interval Intensity Training (HIIT), Tabata atau sukan kompetitif semasa sedang berpuasa.

4A61065842Fe1Bc8315995024Fab2D7C Xl

Senaman intensiti tinggi tanpa air adalah bahaya dan boleh mengakibatkan pelbagai risiko kecederaan, pengsan, serangan jantung dan masalah lain-lain.

5) Adakah terawih dikira sebagai senaman?

Menurut pakar kecergasan, pergerakan semasa solat terawih boleh memabakar kalori dalam purata 200-300 kcal, bergantung kepada durasi dan suhu masjid.

Bagaimanapun, objektif utama solat terawih bukanlah sebagai aktiviti kecergasan, tetapi ibadah.

 

Kredit: Kevin Zahari

BACA: Senaman Yang Paling Sempurna! Ini 5 Kelebihan Plank Yang Ramai Tak Tahu

Xx

Sumber: Verst
Sumber: Nona

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.