Pada hari ke-16 perbicaraan kes pengabaian dihadapi Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30, di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini, pihak mahkamah menunjukkan 10 rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Rakaman itu terdapat satu kelibat yang dipercayai Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin dalam longkang, saksi berlari dan rakaman ibu kanak-kanak autistik itu sedang berada di sebuah pasar raya. Ia dimainkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sabrina Zubairi di hadapan Zaim Ikhwan dan Ismanira.
Artikel berkaitan : “Bukan kematian biasa, ia dikategorikan ‘mencurigakan’” – Doktor Pakar Bedah Siasat Kes Zayn Rayyan
Artikel berkaitan : “Meningg*l bukan sebab lemas tapi..”Doktor Dedah Hasil Bedah Siasat Zayn Rayyan
Menerusi laporan Berita Harian, saksi pendakwaan ke-26, seorang Juruanalisis Kanan Siasatan Audio Video, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten yang dikenali sebgaai Superintendan (ASP) Latifah Abdul Aziz, berkata pegawai penyiasat telah mengkhususkan rakaman video yang bertajuk ‘CCTV nampak mangsa dalam longkang’ pada 5 Disember 2023 di mana ia adalah hari kehilangan Zayn Rayyan jam 12.13 tengah hari itu, berbaju putih dalam longkang dan satu lagi rakaman video yang bertajuk ‘saksi berlari’ pada jam 12.08 tengah hari memakai baju hitam.
“Hasil analisis dan pemeriksaan mengenal pasti imej yang kemudian di tangkap layar (capture), dibesarkan dan dijalankan proses ‘enhancement’ (penambahbaikan) bagi tujuan menjelaskan kualiti imej.”
“Saya berjaya ‘capture’ sembilan imej yang berkaitan, bagaimanapun saya dapati daripada imej ini wajah individu dipercayai mangsa tidak berjaya dikeluarkan, kurang jelas dan kabur, ini kerana terdapat pagar di antara kedudukan CCTV dengan subjek difokuskan.”
Katanya yang telah berkhidmat dengan unit tersebut sejak 2011 itu lagi, dia ada meminta pegawai penyiasat untuk memproses 6 rakaman video daripada ‘folder’ CCTV ‘Econsave Ibu Mangsa’ pada jam 11.54 hingga 11.57 pagi, pada tarikh yang sama di mana ia mengkhususkan imej individu memakai tudung warna hitam, baju bunga hijau bawa beg ‘purple’ putih, dan kelibat ibu mangsa bawa barang dari pasar raya itu menuju ke motosikal.
“Selain itu, folder CCTV ‘Penampakan’ bagi mengeluarkan imej individu berbaju putih berjalan dalam terowong, dan jalan balik dalam terowong dan juga individu berbaju hitam berlari.”
“Bagaimanapun, hasil analisis yang saya jalankan menunjukkan imej-imej yang dikeluarkan adalah kurang jelas, terdapat beberapa objek lain seperti pagar dan pokok yang menghalang imej individu di dalam paparan video serta jarak daripada kamera CCTV dengan subjek yang difokuskan adalah jauh.”
Dalam pada itu, semasa pemeriksaan balas daripada peguam Haresh Mahadevan yang mewakili pasangan suami isteri itu, berdasarkan rakaman CCTV di pasar raya, pakaian yang dipakai Ismanira adalah berwarna baju bunga hijau, bertudung hitam dan membawa beg berwarna ungu putih, Latifah menjawab betul.
Berikut merupakan skrip perbualan mereka:
Haresh: Ibu mangsa pada bila-bila masa dalam rakaman CCTV tidak memakai baju putih, betul atau tidak?
Latifah: Betul
Haresh: Adakah ASP tahu dalam keterangan di mahkamah, kanak-kanak memberi keterangan bersumpah mengatakan bahawa arwah Zayn hanya lari tiga langkah ke hadapan daripada dia?
Latifah: Saya tidak tahu
Haresh: Setuju saya cadangkan dalam semua rakaman membabitkan saksi berlari, tiada sebarang kelibat kanak-kanak berlari tiga langkah di hadapan?
Latifah: Betul
Haresh juga meminta CCTV di kaunter pasar raya itu dimainkan semula supaya Latifah dapat melihat ibu mangsa membayar menggunakan kad atau sebaliknya.
Haresh: Ibu mangsa berada di pasar raya semasa rakaman dimainkan, setuju saya cadangkan menggunakan kad untuk membuat pembelian?
Latifah: Betul
Haresh: Barang dimasukkan dalam beg adalah spageti, betul?
Latifah: Betul
Berdasarkan pertuduhan pindaan, ibu bapa Zayn Rayyan yang kedua-duanya berusia 30 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka Zayn Rayyan Abdul Matin yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan apartmen sama kira-kira jam 12 tengah hari, 5 Disember dan jam 9.55 malam pada 6 Disember 2023.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan dan perbicaraan akan disambung pada 21 April ini.
Sumber : Berita Harian