in

Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Terhadap 4 Individu Disyaki Terbabit Ajaran Meragukan

Head Tangkap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, empat orang individu termasuk dua wanita dikatakan terbabit dengan ajaran meragukan telah di tahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Hulu Langat.


Tiga waran tangkap dikeluarkan untuk tiga orang yang disyaki tersebut dan satu waran geledah dikeluarkan jam 11.20 malam menurut Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Pengarah Jais

“Berikutan dengan itu, JAIS berjaya menahan empat individu iaitu dua lelaki dan dua wanita serta menyita beberapa bahan bukti dari premis dan individu terbabit.

Semua yang ditahan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat JAIS untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 7, 9 dan 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 1995,” katanya menerusi Berita Harian.

Ujar beliau lagi, kes itu akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, dan jaminan sebanyak RM1,000 dikenakan bagi tertuduh lelaki dengan seorang penjamin dalam kalangan penjawat awam Gred 41.

Tertuduh mesti laporkan diri di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Gombak dua minggu sekali selain passport antarabangsanya perlu dibagi kepada mahkamah.

Bagi dua orang lagi tertuduh wanita pula, mahkamah telah menetapkan bahawa penjamin untuk setiap seoorang haruslah terdiri dalam kalangan  penjawat awam Gred 48 dan RM3,000 dikenakan

Mereka juga perlu melakukan perkara yang sama iaitu laporkan diri di PAID Gombak dua minggu sekali dan passport antarabangsa mereka turut diserah kepada mahkamah.

Seorang lagi suspek lelaki dilepaskan dengan Bon Jamin Penguatkuasa.

“Sebutan semula kes ditetapkan oleh mahkamah pada 28 Julai depan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Dengan tertangkapnya empat suspek ini, JAIS dijangka dapat menyelesaikan kes membabitkan perbuatan beberapa individu di dalam negeri ini yang disyaki bercanggah dengan ketetapan hukum syarak atau fatwa, penghinaan kepada Al-Quran dan Al-Hadith, serta mempersenda, menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina,” katanya.

Semoga kita terhindar dari perkara-perkara sebegini.

Baca : Dah 13 cucu pun tak serik; Warga Emas Penagih;Hardcore; Ditangkap AADK, Tak Sempat Lari Sebab Mata Rabun

Baca

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.