in

“Macam yang dijangka” – Tiket Konsert Justin Bieber ‘Sold Out’ Kurang Dari 24 Jam!

Page Justin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam (31 Mac) merupakan hari terakhir sebelum Malaysia mula ke fasa peralihan endemik dan juga hari pembelian tiket konsert penyanyi terkenal Justin Bieber, Justice World Tour yang akan berlangsung pada 22 Oktober ini.

Mula dijual pada jam 11 pagi semalam, memang boleh dikatakan ramai yang ‘beratur’ panjang di website untuk ‘cop’ tempat masing-masing! Sana-sini media sosial min meriah betul, penuh pasal Justin ni haa…


Seperti yang boleh dijangka, tiket Justin Bieber dah pun ‘sold out’ dalam masa kurang dari 24 jam! Perkara itu disahkan oleh penganjur event itu sendiri di Instagram mereka iaitu @goliveasia_.

https://www.instagram.com/p/CbwwdXFpITm/?utm_medium=copy_link

Bermula dengan kategori 1 (RM 1,088), kategori 2 (RM 888) dan juga kategori 4 (RM 528) telah habis dijual dalam masa satu jam saja! Bukan tu je, bagi kategori VIP juga selamat ‘disapu’ oleh peminat Belieber ni…

“Bukit Jalil tu besar kot!”

Meninjau perkongsian warganet di media sosial, rata-rata mengatakan keterujaan mereka dapat beli tiket konsert yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil itu. Tak kurang juga yang turut kongsikan kesedihan mereka sebab tak dapat beli tiket. Alooo, syian dia….

“Dia punya berdebar beratur tu, takut betul kalau sampai turn kita je tau tau habis ticket!” – Komen netizen di Twitter

Penjualan tiket Justin Bieber yang laku keras itu telah menjadikan Stadium Bukit Jalil yang juga stadium terbesar di Asia Tenggara penuh dalam masa beberapa jam saja! Wow, amazing betul!

Ramai betul eh yang excited untuk konsert Justin ni… Hmm, sepupu min siap flex dapat secure seat diorang semalam!

Baca: Tiket Mula Dijual Hujung Bulan, Justin Bieber Bakal Buat Konsert Di KL Oktober Ini!

Untitled 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.