Kita banyak dengar pasal benda pelik-pelik yang doktor jumpa dalam badan manusia ni. Tapi kali ni, memang sangat luar biasa!
Menurut WORLD OF BUZZ, seorang wanita berusia 60 tahun dari Khartoum, Sudan mengadu sakit dan bengkak pada perut telah pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Semasa di hospital, doktor terkejut bila mereka temui dalam perut wanita ini ada satu bayi yang dah meninggal dunia selepas imbasan ultrasound dan CT dijalankan keatasnya.
Kerana wanita ni dah berusia dan saiz “kandungannya” yang agak besar, doktor mengatakan yang dia mempunyai peluang yang tipis untuk selamat dalam prosedur untuk mengeluarkan bayi tersebut.
Nasib baik, bila doktor menjalankan pemeriksaan lanjut, mereka menemui bayi ini telah dikelilingi oleh jisim yang tebal dan tak ada kanser sel atau fibrosis pada bayi tersebut.
Wanita ini kemudiannya menjalankan prosedur untuk mengeluarkan bayinya yang telah pun “mengeras” selepas 15 tahun duduk di dalam perut.
Kalau korang nak tahu, fenomena ini dipanggil lithopedion atau “kandungan ektopik mengeras”, ia berlaku apabila janin mati di luar rahim tapi ia terlalu besar untuk diserap oleh badan. Selama 400 tahun sejarah perubatan wujud, hanya ada 300 kes seperti ini pernah berlaku tau!
Nasib baik wanita ini berjaya diselamatkan!
Baca: Doktor Terkejut Jumpa 7 Sudu, 2 Berus Gigi, 2 Pemutar Skru, 1 Pisau & 1 Besi Dalam Perut Lelaki Ini!