in

“Macam mak lampir!” – Netizen Terkejut Tengok Muka Tokti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah lama rasanya kan tak nampak Dato’ Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti jadi penghias kulit majalah terkenal Malaysia.


Kali ini, penyanyi nombor satu negara muncul sebagai covergirl majalah GLAM dengan gaya yang sangat rare dan berani! Menampilkan dua sisi berbeza Tokti sebagai ibu dan ikon, solekan make up memang nampak lain dari yang lain. 

Macam mana pun, as you all know, dah nama pun media sosial yang open kepada kritikan netizen, penampilan Tokti tiba-tiba jadi perbincangan ramai. Mereka yang memahami konsep majalah GLAM yang suka mengetengahkan high fashion sudah pastinya memuji gaya Tokti dalam cover terbaru majalah ni.

Kata dorang, ibu kepada Siti Aafiyah ni memang nampak meletop, hot dan sangat artistik.

Sumber: Instagram 

Pun begitu, ada jugak yang kritik kata solekan Tokti nampak pelik, seram dan ganas. Ada yang sampai samakan Tokti dengan mak lampir. Eh korang ni agak-agaklah sikit kan…

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Sebenarnya ini bukan kali pertama penyanyi kegemaran ramai ni pernah buat cover macam ni dengan GLAM. Dulu pun Tokti pernah digayakan jadi Madonna dalam 4 cover eksklusif majalah GLAM. Lariss ooo majalah ni masa tu! Admin pun ada beli satu. 

Sumber: Pinterest

Papepun bagi admin, Dato’ Siti tetap nampak jelita sama ada dia pakai make up ataupun tak. Orangnya dah cantik, letak apapun mesti lawa kan? Korang janganlah jeles!

Baca: Peminat Bandingkan Cara Siti dan Shila Berdepan Dengan Isu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.