in

“Macam kena rasuk dah terangguk tertonggeng macam tu”- Penduduk Sebuah Kampung Di Pahang Amal Zikir Sesat Diketuai Tok Ki?

Featured 26
Lobak Merah
Lobak Merah
"Macam kena rasuk dah terangguk tertonggeng macam tu"- Penduduk Sebuah Kampung Di Pahang Amal Zikir Sesat Diketuai Tok Ki?
Loading
/

Dua tiga hari ni media sosial kecoh dengan penularan video ajaran sesat yang memaparkan sekumpulan penduduk kampung Seberang Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut berzikir sambil berdiri dan menggerakkan anggota tubuh.

Video tersebut dipercayai dirakam seorang penduduk yang mengikuti aktiviti ‘keagamaan’ di surau di kampung itu dengan diketuai seorang lelaki dikenali sebagai Tok Ki @ Tok Ayah.

Korang boleh tengok video tersebut di bawah :

Video tersebut jelas memperlihatkan sekumpulan jemaah mengalunkan zikir sambil menggerakkan tubuh badan dalam posisi berdiri.

Mengulas mengenai isu tersebut, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata setakat ini pihaknya belum mengenalpasti aliran ajaran apa yang diamalkan kumpulan tersebut, lapor Harian Metro.

Saya dimaklumkan siasatan sedang dijalankan oleh JAIP dan mereka dalam usaha mengesan individu (ketua) itu yang dikatakan datang dari Terengganu.”

11

Katanya sama ada ia aliran Syiah atau Tarikat atau ajaran lain, perkara itu masih dalam siasatan namun yang pasti ia jelas menyimpang daripada ajaran Islam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, mereka juga sedang mengenalpasti sama ada ajaran sesat tersebut sudah disebarkan ke kawasan lain atau sebaliknya.

Kita akan siasat jika ia diajar atau disebarkan ke tempat lain. Hingga kini satu tempat (Jerantut) yang saya dimaklumkan.”

Katanya Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan mengambil keterangan individu terlibat dalam zikir tersebut selain dalam usaha mengesan ketua ajaran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Mazlan Hassan berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan polis setakat ini dan berkata, siasatan mengenai insiden itu dijalankan JAIP.

 

Semoga pihak berkuasa dapat tangani kes seperti ini dengan pantas dan sebaiknya!

Baca :Gobloknya ada aja yg percaya” ; Lelaki Indonesia Mengaku Dirinya Imam Mahdi Sejak 2014

Mahdi