in

“Macam dalam neraka” – 5,000 Haiwan Peliharaan Mati Dalam Kotak Penghantaran

Featured Final Kucing 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi pencinta haiwan, setiap haiwan pasti akan dijaga dan dilindungi dengan penuh kasih sayang dan sifat kemanusiaan.

Namun, sebaliknya berlaku di Beijing, China baru-baru ini. Menurut Astro Awani, sekurang-kurangnya 5,000 ekor haiwan peliharaan ditemui mati dalam kotak penghantaran di pusat kemudahan logistik Pusat China.


 

Punca masalah komunikasi

Kesemua haiwan ternakan tersebut yang terdiri daripada arnab, tikus belanda, kucing dan anjing diletakkan di dalam sangkar plastik atau besi. Sangkar itu kemudiannya dibalut dengan kotak penghantaran dengan hanya lubang-lubang kecil untuk haiwan-haiwan tersebut bernafas.

Situasi malang ini dikatakan berlaku disebabkan masalah komunikasi antara syarikat pembekal dan pembeli.

Kucing Mati

Ia kelihatan seperti berada di dalam neraka

Hua yang merupakan pengasas kumpulan penyelamat haiwan Utopia turut menjelaskan yang kesemua haiwan itu mati kerana sesak nafas, kekurangan air dan kebuluran.

Lebih menyedihkan, haiwan-haiwan tersebut dibiarkan di dalam kotak tersebut selama seminggu tanpa makanan dan minuman.

Rata-rata netizen bertindak mengecam perbuatan syarikat pembekal ini yang dikatakan kejam dan tiada sifat kemanusiaan.

 

Selfish humans – Netizen

Screenshot 20201002 101717

Screenshot 20201002 101702 1

Haih kesiannya. Min pun tak sampai hati kalau tengok haiwan terkurung dalam sangkar apatah lagi tanpa menyediakan makan dan minum mereka sampai seminggu. Kejam!

 

Baca: Jawablah kau kat akhirat nanti KEJAM! Video Viral Kucing Dibakar Hidup-Hidup Buat Netizen Bengang

Kucing

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.