in

“Macam Covid tapi ada kaki” – Wabak ‘Bedbugs’ Serang Kota Paris, Ini Apa Yang Berlaku…

collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bedbugs atau pepijat menyerang Kota Paris dan dikatakan telah pun merebak di seluruh negara Perancis. Malah, banyak video-video yang tular di sosial media menunjukkan banyak pepijat ditemui di dalam pengangkutan awam seperti bas dan kereta api serta lapangan terbang, panggung wayang dan hospital.

Krisis pepijat yang makin meningkat ini telah mencetuskan kebimbangan oleh kerajaan di sana yang berharap agar masalah ini dapat diatasi sebelum sukan Olimpik bermula pada tahun depan.


Dikatakan epidemik bedbugs ini berlaku ekoran ia telah imun atau lali dengan racun serangga. Penemuan pepijat ini pertama kali dilaporkan di hotel-hotel di Paris ketika musim panas sehinggakan ramai pelancong membuat keputusan untuk berdiri ketika menggunakan pengangkutan awam.

Artikel berkaitan: Kecewa Badan Gatal & Penuh Bintik Digigit Pepijat Tapi Hotel Syak Tetamu Bawa Dari Pakaian?

Artikel berkaitan: Dari Rumah Hingga Ke Metro, Perancis Kini Dilanda Wabak Pepijat

Tak cukup dengan itu, Perancis juga dikatakan terpaksa menutup sebanyak tujuh sekolah di negara tersebut ekoran serangan bedbugs ini. Eee, geli dan seram eh…

Jom kita tengok apa sebenarnya yang terjadi sehingga serangga penghisap darah manusia ni boleh membiak sehingga ke serata Paris dan mungkin akan melarat ke negara-negara lain ni.

Kenapa banyak sangat bedbugs di Paris

1628.jpg

Kalau korang nak tahu, Paris ni bukanlah satu kota yang asing di kalangan pelancong. Malah, pada tahun 2022, Paris disenaraikan sebagai tempat yang paling banyak dilawati dengan menerima sebanyak 44 juta pelancong pada tahun itu.

Bukan tu je, bedbugs dan Paris juga bukanlah satu perkara yang asing, ini kerana di antara tahun 2017 ke 2022, lebih dari 10 rumah di Perancis dilaporkan telah diserang oleh pepijat. Namun begitu, jumlahnya telah meningkat baru-baru ini ekoran peningkatan pelancong yang datang serta serangga ini telah imun dengan racun.

Ini bermakna, bedbugs yang menyerang Paris ini telah pun bermutasi sehingga menjadi superbugs dan berjaya untuk mencipta sistem pertahanan terhadap beberapa jenis kimia yang biasanya digunakan untuk menghapuskan mereka.

Kalau korang nak tahu, pepijat ini biasanya akan “tinggal” di tilam atau tepi-tepi katil dan tunggu sehingga manusia masuk tidur sebelum dorang merangkak dan menghisap darah manusia sebagai makanan mereka. Serangga ini juga boleh bergerak melalui manusia dengan menyorok di dalam baju, beg pakaian dan beg tangan untuk pergi ke tempat lain.

Macam mana nak elak dari bedbugs?

3d69fca3 a367 4190 ac5e 775ce30b49cb

Ada beberapa cara sebenarnya nak elak dari pepijat ni. Biasanya, apabila pelancong tiba di bilik hotel, benda pertama yang dorang buat adalah keluarkan baju dari beg pakaian di atas katil untuk disusun, tapi apa yang patut korang buat adalah unpack baju-baju korang dekat rak yang disediakan oleh hotel atau buat berhampiran dengan pintu kerana pepijat ni biasanya ditemui di tilam.

Selain tu, pastikan korang asingkan baju kotor dan baju bersih. Baju kotor tu korang letak dalam plastik dan tutup. Ini kerana, mengikut kajian, pepijat lebih gemarkan baju yang kotor berbanding baju bersih.

Bedbugs dewasa berupaya untuk hidup pada suhu di antara 20°c ke 32°c, jadi pastikan korang sejukkan bilik hotel pada waktu malam dengan pendingin hawa.

Bila korang dah balik rumah pula, pastikan korang keluarkan semua baju-baju jauh dari bilik tidur dan kalau boleh di atas lantai kerana sukar untuk korang nampak pepijat di atas karpet.

Make sure juga korang periksa setiap suduk beg pakaian dan baju-baju termasuk baju yang tak dipakai dan kalau boleh basuh baju menggunakan air panas.

Selamat ke nak travel ke Paris?

Dekat-dekat hujung tahun ni, mesti ada antara korang yang plan untuk bercuti ke Eropah kan? Bila dah berjalan di Eropah, memang rugi kalau tak singgah ke Paris. Tapi dengan wabak bedbugs ni selamat ke kalau korang pergi ke sana?

Jangan risau, sebab Paris merupakan kota yang besar. Walaupun serangan pepijat ini telah dilaporkan dengan meluas, ia bukanlah ada di mana-mana. Jadi kalau korang ada plan nak ke Paris, pastikan korang check dulu dengan hotel korang pasal keadaan di sana okay?

Boleh ke bedbugs ni merebak sampai ke negara lain?

Bedbugs in Paris

Sebenarnya, jumlah pepijat memang dah meningkat di banyak negara. Jumlah ni agak berkurang ketika pandemik Covid-19 ekoran larangan untuk ke luar negara. Namun memandangkan sekarang orang dah boleh melancong macam biasa semula, tak hairanlah jumlah pepijat juga akan meningkat.

Pun begitu, seperti di Eropah, banyak pengangkutan awam yang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan kenderaan mereka bebas dari serangga ini dengan menjalankan pembersihan menyuruh secara berkala.

Hm, rasa tak tenang pulak nak tidur malam ni.

Sumber: cntraveller, The Guardian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.