in

“Macam bunga betul” – Netizen Teruja Tengok Bunga Dari Lego Ini

Lego Flower Ft Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada awalnya min agak pelik, kenapa banyak gambar bunga dekat timeline Twitter hari ini. Kot ada sambutan apa-apa dan sebagainya. Bila tengok balik, baru perasan, ‘bunga’ yang dikongsikan tersebut bentuknya agak pelik.


Rupa-rupanya, gambar bunga yang dikongsikan ramai tersebut sebenarnya salah satu daripada siri Lego Creator ‘Flower Bouquet’, Botanical Creation. Pada awalnya, ingatkan itu adalah edisi terhad yang hanya ada dijual di pasaran luar negara, tetapi bila buat pencarian, ia turut dijual di Malaysia!

Sebenarnya, ia koleksi ini mula dijual di pasaran Malaysia sejak awal Januari tahun ini dan ia menampilkan dua jenis pilihan iaitu Pokok Bonsai dan Flower Bouquet.

Lego

Menurut laman web Lego, set yang mengandungi 756 kepingan ini turut didatangi dengan kepingan khas Lego berbentuk bunga termasuk  mawar, lavender, daisies, poppy,snapdragon, dan bunga astra. Kesemuanya didatangkan dengan pelbagai warna yang menjadikan jambangan bunga Lego ini sangat unik dan kelihatan seakan-akan bunga hidup. 

Lego Bouquet 4 Horz

Lebih menarik, set ini turut dilengkapi dengan 15 batang bunga yang boleh diubah atau disesuaikan mengikut saiz pasu korang. Jadi, tak perlu risau kalau ianya panjang atau pendek dari pasu yang ada di rumah. Kalau diikutkan, memang dimensi jambangan bunga ini agak tinggi, iaitu 36 sentimeter.

Selain Flower Bouquet, koleksi ini mempunyai sebuah pokok Bonsai dengan bilangan kepingan Lego sebanyak 878 dan setinggi 18cm dan menariknya, ia didatangkan dengan kepingan yang boleh ditukar ganti. Sama ada mahu menggayakan model pokok bonsai dengan daun hijau klasik atau bunga sakura merah jambu yang cerah!

10281 Feature1

Model pokok bonsai ini juga turut dilengkapi dengan ‘pasu’ empat tepat dengan kemasan seakan-akan kayu sebenar. Ini kalau nak dijadikan koleksi, sangat cantik untuk diletakkan di rumah atau pejabat.

 

Melihat ke bebenang di Twitter tersebut, ramai nampaknya teruja dengan kecantikan bunga Lego tersebut dan turut kongsikan ‘rekaan’ mereka.

Twitter Lego 4

Twitter Lego 5

Sekali pandang, memang cantik dan sangat terperinci bunga LEGO ni, dan menurut seorang pengguna di bebenang tersebut, sebenarnya ada beberapa lagi model yang tidak dikeluarkan di pasaran.

Hurm, cantik lah pulak. Nak beli satu please~

Baca : “Ada 10k games” – Ramai Netizen Teruja Dengan Peranti Permainan Video Masa Musim Childhood Ini

10 Childhood Game

Sumber: LEGO
Sumber: Twitter
Sumber: LEGO
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.