in

“Maafkan kami” – Warga Mesir Hanyutkan Botol Berisi Makanan Ke Laut Untuk Penduduk Gaza

warga mesir hanyur botol ke laut untuk penduduk gaza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun konflik yang berlaku di Gaza kurang mendapat liputan media ketika ini, tetapi tidak bermakna kehidupan di sana aman.

Kesan serangan berterusan telah memusnahkan perkhidmatan penting dan saluran bekalan utama, ditambah pula misi bantuan dari luar disekat hingga menyebabkan penduduk Gaza mengalami kesukaran yang amat dahsyat.


“Maafkan kami”

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki melemparkan sejumlah botol berisi pelbagai makanan kering yang tahan lama dengan harapan bekalan tersebut akan sampai ke pantai Gaza.

“Maafkan kami, saudara-saudara di sana. Ya Allah, sebagaimana Engkau telah membawa Nabi Nuh di lautan, di tengah gelombang sebesar gunung, sampaikanlah ini daripada kami kepada Gaza.

“Ya Allah, sesungguhnya laut ini adalah salah satu daripada tentera-Mu. Bawalah ini daripada kami kepada Gaza. Ya Allah, wahai Zat yang membelah laut untuk Nabi Musa, sampaikanlah botol ini kepada Gaza,” doa lelaki itu sambil melemparkan botol-botol tersebut.

Artikel berkaitan: “Kita dah jadi orang terkaya” – [VIDEO] Pelarian Gaza Terharu, Terima Kotak Bantuan Dari Malaysia

Artikel berkaitan: Ahli Farmasi Gaza Temui D*dah Dalam Tepung Bantuan Makanan AS-Israel

@selvyysistedyy

Sebuah video yang diposting di media sosial menunjukkan seorang pria Mesir melemparkan botol-botol plastik yang berisi biji-bijian dan tepung ke laut, dengan harapan botol-botol tersebut akan sampai ke Gaza. Dalam 24 jam terakhir, rumah sakit-rumah sakit di wilayah yang terkepung tersebut mencatat 15 kematian akibat kelaparan dan malnutrisi, termasuk empat anak-anak. Dengan demikian, jumlah korban meninggal akibat kelaparan di Gaza telah mencapai setidaknya 101 jiwa, menurut catatan Kementerian Kesehatan Palestina.

♬ оригинальный звук – user96328095974

Inisiatif rakyat Mesir untuk penduduk Gaza

Menurut sumber, ini merupakan inisiatif rakyat Mesir yang dikenali sebagai ‘Dari Laut ke Laut- Sebotol Harapan untuk Gaza’ bagi membantu rakyat Gaza yang sedang berhadapan krisis kebuluran.

Idea itu dicetuskan oleh seorang jurutera dan ahli akademik Mesir yang menetap di Jepun.

Beliau mencadangkan penghantaran makanan melalui laut sebagai alternatif paling praktikal dalam menghadapi sekatan yang berterusan.

GwpfnQYWMAAxsaF

Warga Mesir yang menyertai inisiatif ini turut menyeru penduduk di negara-negara lain yang bersempadan dengan Laut Mediterranean termasuk Libya, Tunisia, Algeria dan Maghribi agar turut sama menyertai usaha tersebut.

Kami yang jauh di sini mendoakan agar bekalan ini benar-benar sampai ke tangan penduduk Palestin.

Sumber: TikTok, Sinar Harian

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.