Semalam, satu hantaran di X telah tular mengenai cara seorang gadis yang memperkenalkan dirinya dengan cara yang ringkas ketika sedang ditemuduga di platform WhatsApp. Disebabkan jawapannya yang ringkas, dia telah ditegur oleh recruiter tersebut.
Kalau tak pandai, awak boleh Google macam mana
Dua tangkap layar di hantaran itu memaparkan seorang recruiter telah menghantar mesej WhatsApp kepada seorang gadis yang ingin meminta kerja. Setelah gadis itu memberi resume, recuiter berkenaan meminta gadis tersebut memperkenalkan dirinya.
Artikel berkaitan: “Generasi muda sekarang dah rosak” – Majikan Dikecam Tak Terima Intern Gara-Gara Minta Temuduga Online
Artikel berkaitan: Boleh Buat Bakal Majikan ‘Turn Off’Jangan Buat 7 Perkara Ni Semasa Temuduga!
Mungkin jawapan gadis itu agak ringkas dan nampak tak serius, dia telah ditegur oleh recruiter berkenaan.
Maaf ya, saya nak tegur sikit. Awak ni minta kerja. If syarikat minta perkenalkan diri, better buat huraian panjang sedikit. Kalau tak pandai, awak boleh Google macam mana nak buat. Awak reply macam ni pihak syarikat dah boleh agak sikap awak macam mana.

“Macam mana tahu sikap saya?”
Kemudian, gadis tersebut membalas mesej itu bertujuan untuk back up dirinya namun cara dia membalas itu agak biadap tanpa meminta maaf kepada recruiter tersebut.
Baru saya tahu, manusia boleh nampak sikap dari phone. Encik tahu ke perangai saya macam mana, mungkin encik nampak chat saya agak menyakitkan hati untuk encik. Walaupun sekadar reply pendek, lain orang lain cara nya..
Mesej tersebut diakhiri dengan ucapan maju jaya oleh recruiter itu.


Menjengah di ruangan komen, ramai netizen berkata recruiter itu tidak profesional kerana tidak menggunakan emel dan ada yang tidak bersetuju dengan cara gadis itu memperkenalkan dirinya.

Sebaiknya, bila nak minta kerja.. kita kena jawab proper
Sumber: X
