in

“Lupa letak garam dalam lauk”- Kejujuran Peniaga Ini Tarik Ramai Pelanggan, Walaupun Gulainya Tawar

Cats 112

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berniaga waktu bulan puasa ini agak mencabar sebab tak boleh nak rasa masakan tersebut. Kena pandai agak-agak jelah bila letak garam gula semua tu.


Baru-baru ini, seorang peniaga telah mencuri perhatian netizen melalui kisahnya yang viral di Twitter.

Menerusi satu perkongsian di Twitter oleh Shahida Supian pada 23 April lalu, dia berkongsi kisah tentang seorang peniaga sebuah kedai makan di Bangi yang terlupa nak letakkan garam dalam masakannya. Biasa la kita manusia biasa mesti ada terbuat silap kan?

Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 17 ribu retweet dan lebih 23 ribu likes daripada pengguna Twitter.

 

Nota jujur dari peniaga

Tapi, nasib baik peniaga itu jujur dan mengaku silap dia sebab dia siap buat nota ringkas dengan menulis yang dia terlupa untuk letak garam dan menyuruh pelanggannya untuk tambah garam sendiri di rumah.

Peniaga macam ni la bagus sebab dia jujur. So, balik rumah kita boleh adjust sendiri lauk tu, tak ada masalah.

Ezpf5Ngveamwztn

 

Balik tambah sikit garam

Menurut Noor Shahida Supian yang merupakan pemilik Twitter tersebut, dia yang turut berkunjung ke kedai makan itu pun membeli gulai ‘tawar’ itu walaupun terpaksa tambah sendiri garam selepas pulang dari rumah.

“Memang dah perasan nota itu dan beli je. Saya rasa bukan masalah sebab dia dah maklumkan awal-awal. Jadi kita pun peka.”

Shahida senang dengan sikap jujur peniaga tersebut dan anggap perkara tersebut menyenangkan pelanggan sebab sekurang-kurangnya bila balik rumah, pelanggan boleh perbaiki sendiri dan tidaklah begitu kecewa bila juadah berbuka rasa ‘tawar’ tanpa pengetahuan.

 

Dapat pujian dari netizen

Tindakan peniaga itu dianggap ‘comel’ sehingga menerima banyak pujian daripada netizen di Twitter.

Ffb

Takpelah, bulan Ramadan penuh kemaafan ni kita maafkan jelah. Manusia mana yang tak buat silap, betul tak?

 

Sumber: Shahida Supian

Baca: [Video] Orang Ramai Berkejaran Atas Highway, Tolong Tangkap Anjing Peliharaan Terlepas, Siap Tawar RM 2000

Kkkm

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.