in

“Lukis ke ori tu”- [Video] Gadis Bermisai Tetap ‘Confident’ Walaupun Selalu Disangka Lelaki

Ft Misaii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Testosteron adalah hormon androgen yang signifikan bagi kaum lelaki. Hormon inilah yang membezakan lelaki dan perempuan dari fizikal.


Tapi korang nak tau tak, hormon penyebab tumbuhnya otot, janggut dan juga punca suara menjadi dalam ini sebenarnya tak terhad kepada lelaki je? Perempuan pun ada! Semua wanita mempunyai sedikit hormon testosteron di dalam badan mereka.

Ia berfungsi untuk mengekalkan kesihatan tisu reproduktif wanita.

Selain itu, hormon ini juga memastikan tulang dan juga otot kekal kuat selepas baligh.

Tapi jika kadar testosteron ini melebihi kadar normal, seseorang wanita itu akan mengalami apa yang dialami oleh gadis dari Indonesia ini.

 

Gadis disangka lelaki kerana bermisai dan berkening tebal

Gadis pemilik akaun tiktok @niarfarahilah30 baru-baru ini viral selepas satu pertanyaan direct yang ditanyakan kepadanya.

Ini cowo atau cewe anj*r??”

Reply selamba gadis ini membuatkan ramai terpegun dengan keyakinannya. Tanpa malu, gadis ini mendedahkan dirinya gadis tulen yang bermisai dan berkening tebal. Boleh tonton video di bawah.

@niarfarahilah30

Balas @ryndz.skr123 sudah di jwb ya?#fypシ #komentarnetizen

♬ original sound – Niar Farahilah – Niar Farahilah

Pemuda yang bertanya soalan tersebut seperti terkesima dengan jawapannya lalu meminta maaf di ruangan komen. Sensitif tu!

Misai

 

Misai tak halang gadis ini untuk ‘make-up’

Melihat video-videonya yang lain, boleh lihat gadis ini kekal yakin dengan penampilan dirinya. Bahkan, dia juga bersolek seperti gadis-gadis lain yang menyukai kecantikan.

@niarfarahilah30

berusaha menjadi yang ko ingin? #fypシ #komentarnetizen #sakalahbanyanamunsainginberusaha

♬ original sound – Niar Farahilah – Niar Farahilah

@niarfarahilah30

?#fypシ #komentarnetizen #kotasorongpapuabarat????

♬ original sound – Niar Farahilah – Niar Farahilah

Siapa lagi nak yakin dengan diri sendiri kan? Heads up! Dream high gitu~

 

Tapi testosterone tinggi boleh jadi tanda penyakit!

Tanda-tanda testosteron tinggi ada beberapa senarai :

  1. Banyak jerawat
  2. Mempunyai suara yang dalam
  3. Tumbuh banyak bulu pada kawasan muka
  4. Haid tidak teratur
  5. Penambahan otot pada badan
  6. Rambut gugur
  7. Payudara mengecil

Memetik laporan Freemalaysiatoday, testosteron yang terlalu tinggi dalam badan wanita boleh mengakibatkan obesiti dan kemandulan. Oleh itu, kalau korang mengalami simptom-simptom ini, sila jumpa doktor dengan kadar segera.

 

Baca : “Bila je dia ni tak bodoh” – Kena Hentam Kaw Kaw Sebab Ejek Gadis Ada Misai Rupanya Kantoi Selalu Body Shame

Misai1

Sumber: tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.