in

“Luar gangster, dalam hati ada taman”- Bapa Sanggup Menari Dengan Anak Atas Pentas, Siap Pakai Skirt Tutu Lagi!

F1 Anak Menari Ballet Dengan Bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa, itulah kata-kata yang boleh digunakan untuk menggambarkan tindakan seorang bapa ini yang sanggup menari bersama-sama anak perempuannya di atas pentas ketika persembahan anaknya.

Video gelagat bapa tersebut telah tular di media sosial setelah dikongsikan di akaun TikTok withherownhands baru-baru ini.


@withherownhands

He’s the best daddy a girl could have 🥹 #girldad #girldaddy #balletrecital #christmasrecital #samoan💓🇦🇸🇼🇸 #samoatiktok #americandad #pattysallamerican

♬ ROCKIN’ AROUND THE CHRISTMAS TREE – BRENDA LEE

Dalam video yang berdurasi selama lebih seminit itu, dapat dilihat bapa tersebut yang dari luarannya tampak seperti garang telah sanggup untuk turut sama memakai skirt tutu berwarna hitam, seperti skirt yang dipakai oleh anaknya untuk persembahan tarian mereka berdua.

Artikel Berkaitan: “Tak boleh ajak dah” – Anak ‘Kecewa’ Tengok Ayah Tak ‘Behave’ Ketika Persembahan Pentas

Artikel Berkaitan: Tular Video Perform Dekat IPT, Netizen ‘Merayu’ Najwa Latif Buat Konsert

Menurut kapsyen pada video TikTok tersebut, difahamkan persembahan tersebut adalah bersempena dengan konsert ballet recital yang disertai oleh anak perempuannya.

3 4

Ketika persembahan itu juga, dapat dilihat kanak-kanak perempuan itu dapat memberikan persembahan yang terbaik, mungkin kerana dia lebih gembira dan yakin apabila ditemani bapanya.

2 1 2

Gelagat bapa dan anak perempuan menari bersama itu juga telah mencuit hati ramai pengguna TikTok sehingga video mereka telah mendapat hampir lima juta tanda suka dari warganet.

Cute betul bila dorang buat flying kiss lepas dah habis persembahan tu! 

Sumber: TikTok @withherownhands

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.