Kalau cakap berkenaan taman tema, secara pantas kita akan fikirkan taman-taman tema yang menarik dan popular, seperti Disneyland atau Universal Studios. Jika di Malaysia sendiri, kita juga miliki beberapa taman tema menarik seperti Skytropolis di Genting Highlands dan Sunway Lagoon.
Menerusi laman Twitter Public Investment Fund atau PIF, sebuah taman hiburan sedang dirancang untuk pembinaan di Arab Saudi. Dikatakan projek tersebut adalah sebahagian dari strategi mereka untuk tahun 2021 hingga 2025.
Menariknya, taman hiburan ini akan dicipta di sebuah pelantar minyak. Ya, di tengah-tengah laut tu!
#PIF announces “THE RIG.” Project.
The world’s first tourism destination inspired by offshore oil platforms.Read more: https://t.co/s3TLJ8mbVh#THERIGsa pic.twitter.com/YlC2kZ2yll
— Public Investment Fund (@PIF_en) October 16, 2021
Sekali dengar pun, macam tak masuk akal sangat kan?
Taman tema yang diberi nama gelaran ‘The Rig’ itu dirancang sebagai sebuah rangkaian pelantar yang bersambung merangkumi keluasan 150,000 meter persegi, di mana para pelawatnya akan dibawa melalui 50 buah kapal marina.
Menurut The National News, ‘The Rig’ bakal menampilkan tiga jenis hotel, 11 restoran bertaraf dunia, helipad dan pelbagai jenis aktiviti menarik dan mencabar, termasuklah roller coaster, ferris wheel, go cart, bungee jumping dan gelungsur air. Macam menarik jugak, kan?
Difahamkan bahawa PIF tidak lagi mendedahkan lokasi pelantar minyak ‘The Rig’ ini. Ada tanggapan dari sumber bahawa sebilangan besar pelantar minyak di Arab Saudi berhimpun di kota pantai timur Dammam. Tarikh pembukaan taman tema itu juga tidak lagi disahkan oleh pihak mereka.
Rata-rata netizen di laman Reddit menganggap pusat hiburan di tengah-tengah laut bukanlah idea yang baik. Ada juga yang merasakan bahawa idea ini ibarat permulaan bagi sebuah cerita seram. Haa… macam mana tu?
Kalau korang pula macam mana? Berani ke nak naik ‘roller coaster’ kat tengah-tengah laut?
Sumber: The National News
BACA: “Lepas ni boleh main ski” Taman Tema Dengan Lereng Ski Kering Bakal Dibuka Di Cameron Highlands