in

Luah Rasa Sedih Lepas Hadiah Beg Diperlekehkan, Founder Charles & Keith Ajak Gadis Ini Lunch Bersama

Ft Charles Keith Founder

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Diperlekehkan warganet kerana hadiah beg Charles & Keith dianggap mewah, remaja 17 tahun kelahiran Filipina yang menetap di Singapura ini ada tampil beri respon dengan menyatakan dirinya datang daripada keluarga yang sederhana.


Wanita yang dikenali sebagai Zoe Gabriel ini dalam keadaan sebak menjelaskan bahawa keluarganya bukan orang yang senang dan harus membanting tulang untuk mendapatkan sesuatu. Jadi, sebuah beg tangan yang berharga S$80 (RM262) amat bermakna baginya.

 

“Beg harga 80 dollar mungkin bukan mewah, tapi bagi saya dan kelaurga ia sangatlah mahal.”

@zohtaco

thank you dad ?

♬ Glitch – Just audios

@zohtaco

Replying to @cressy i am so happy and grateful for you, that you can consider charles and keith not a luxury. also btw if you google it, lots of sources do classify them as a luxury brand. so.

♬ original sound – zoe ? – zoe ?

Video tersebut, telah meraih jutaan tontonan dan mendapat sokongan moral daripada netizen. Malah, dengan penularan video tersebut juga, video tersebut telah meraih perhatian pihak HQ Charles & Keith.

Menurut The Straits Times, pihak Charles & Keith akui bahawa mereka ada menonton video luahan Zoe itu.

Hati kami benar-benar tersetuh dengan Zoe, tetapi kami sangat kagum dengan cara dia mengendalikan situasi itu,, mempamerkan kebijaksanaan jauh melebihi usianya.”

“Pengasas kami percaya bahawa produk kami harus mencetuskan kegembiraan, memperkasakan pencinta fesyen dan memberi keyakinan kepada mereka, kami amat berterima kasih.”

Bahkan, dilihat Zoe dan ayahnya mendapat invitation untuk melakukan tour di HQ mereka dan meluangkan masa makan tengah hari bersama.

Baca : “Saya sangat bersyukur” – [VIDEO] Netizen ‘Downgrade’ Bag Gadis Ini, Rupanya Ada Cerita Sebaliknya…

Ft Bag Jenama Mewah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.