in

LOCKDOWN : ERL Hentikan Perkhidmatan Sementara Bermula Esok

ERL Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua perkhidmatan tren Express Rail Link Sdn. Bhd (ERL) akan dihentikan bermula esok (Jumaat) sehingga notis lanjut dikeluarkan kerana perlaksanaan sekatan perjalanan penuh atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menurut laporan Bernama, pihak ERL telah mengeluarkan kenyataan tentang penggantungan perkhidmatan sementara ini selepas perbincangan antara Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat selain perintah ‘lockdown’ yang dikeluarkan kerajaan.


mco service suspension 4 jun socmed 01

Menurut kenyataan yang dikeluarkan juga, walaupun pihak ERL berasa kesal akan keputusan pemberhentian sementara waktu perkhidmatan ini, ia terpaksa dilakukan bagi memastikan syarikat berkenaan dapat meneruskan perkhidmatan setelah PKP ditamatkan nanti.

Tempoh lebih setahun dilanda pandemik, ternyata syarikat berkenaan menerima kesan yang besar kerana bilanggan pengguna perkhidmatan mereka terhad selain hampir tiada perjalanan udara dan seterusnya menyebabkan bilangan pengguna merosot.

185175127 2417616701716557 5973115765606342078 n horz

Purata pengguna ERL merosot 69 peratus pada 2020 berbanding 2019 sebelum kedatangan Covid-19

Selain tiada perjalanan udara, sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan penuh semalam, bilangan penumpang menurun sehingga 89 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Dalam masa yang sama, kenyataan tersebut turut menasihatkan mereka yang perlu melakukan perjalanan kerana hal yang penting sepanjang tempoh PKP 3.0 ini perlu mencari alternatif lain sebagai pengangkutan mereka.

193118821 2424863337658560 5908896180820576881 n

Maklumat berkenaan pilihan lain pengangkutan dari stesen ERL boleh didapati di www.KLIAexpress.com, Facebook serta Twitter KLIA Ekspress.

Sumber : Malaymail

Baca : “Covid-19 pun tak habis lagi”- China Kesan Satu Kes Selesema Burung H10N3, Pertama Di Dunia Jangkiti Manusia

cats 13

Sumber: KLIA Express
Sumber: KLIA Express

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.