Setiap hari mesti ada je kan cerita-cerita viral yang berlaku di Malaysia sampai kadang-kadang susah betul nak kita nak ikuti semua. Tapi pada masa yang sama kita pun tak naklah terlepas isu-isu semasa yang tengah berlaku sekarang ni kan?
Jadi macam biasa, #LobakMerahTop5 akan senaraikan berita-berita hangat, sensasi dan viral yang berlaku pada minggu ini supaya korang sentiasa up-to-date dengan isu semasa yang berlaku di Malaysia sekarang.
1. Nahas dua helikopter bertembung
Selasa lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan penularan video dua helikopter telah bertembung di ruang udara dan terjatuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.
Menurut laporan, helikopter yang terlibat dalam nahas tersebut sedang menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei.
Dua helikopter yang terdiri dari model HOM dan Fennec ini telah bertembung ketika membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat sebelum hilang kawalan dan terhempas.
Seramai 10 mangsa yang terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang dilaporkan maut dalam nahas tersebut.
Dua helikopter dilaporkan berlanggar di ruang udara dan terjatuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, di Lumut, pagi ini. pic.twitter.com/6F3VJaPSlx
— Berita Harian (@bharianmy) April 23, 2024
Artikel berkaitan: Situasi Sesi Pengebumian Mangsa Nahas Helikopter Kecoh, Ada Individu Bunyikan Hon?
2. Jururawat terbaring di tepi jalan, lelaki berusia 34 tahun ditahan
Minggu lalu, media melaporkan seorang wanita berpakaian jururawat telah ditemui terbaring di tepi jalan di Johol, Negeri Sembilan kira-kira jam 10 malam. Dikatakan, wanita tersebut telah dipukul hingga separuh sedar.
Ekoran ini, pihak polis Kuala Pilah telah menahan seorang lelaki berusia 34 tahun bagi membantu siasatan berkaitan jururawat wanita yang dipukul itu. Pihak polis kini masih menjalankan siasatan terhadap lelaki yang ditahan reman selama empat hari itu serta motif dan hubungannya dengan mangsa.
Difahamkan, sebelum berlakunya kejadian tersebut, mangsa sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Hospital Tuanku Ampuan Najihah dan dia telah melalui jalan tersebut untuk pulang ke rumahnya.
Artikel penuh: Kes Jururawat Terbaring Di Tepi Jalan, Lelaki Berusia 34 Tahun Ditahan
3. Miliki beg tangan mewah, DSV digelar ‘Crazy Rich Malaysia’
Baru-baru ini, seorang TikToker Indonesia telah memuat naik beberapa gambar Dato’ Seri Vida yang sedang memakai beg tangan mewah daripada jenama terkenal antarabangsa seperti Christian Dior, Prada, Miu Miu, Louis Vuitton dan sebagainya.
Ekoran harga-harga beg mewah tersebut mencecah puluhan juta rupiah, TikToker tersebut turut menggelarkan Dato’ Seri Vida sebagai ‘Crazy Rich Malaysia’.
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut telah memuji kekayaan Dato’ Seri Vida serta mengatakan yang dia seorang yang sering berkongsi rezeki dengan orang yang tidak berkemampuan.

Artikel berkaitan: Harga Beg Tangan Cecah Jutaan Rupiah, TikToker Indonesia Gelar DSV ‘Crazy Rich Malaysia’
4. Profesor US beri ucapan kontroversi di UM?
Tular baru-baru ini, seorang profesor sains politik dari Portland State University’s, Bruce Gilley yang didakwa mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi dalam satu program yang diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Di mana petikan ucapannya itu juga telah dikongsikan di akaun X, yang mana dia berkata, “negara yang memiliki pemimpin politik yang menyokong H*l*caust kedua terhadap orang Y*hudi tidak akan serius dalam hubungan antarabangsa, dan tidak akan menjadi rakan sekutu dengan Amerika Syarikat.”
Ekoran ini, Kementerian Pengajian Tinggi difahamkan telah membatalkan segera semua program dan aktiviti melibatkan ahli akademik tersebut yang berpangkalan di Amerika Syarikat serta meminta pihak UM untuk menyiasat mengenai perkara itu dan melaporkan segera butiran lanjut.
KPT memandang serius isu berlaku di UM dan telah mengarahkan laporan segera dikemukakan. Walaupun IPT diberi autonomi untuk memutuskan program intelektual tetapi itu bukan bermakna institusi bebas secara mutlak sehingga tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat Malaysia. pic.twitter.com/i1DkNUKVvU
— Zambry Abd Kadir (@ZambryOfficial) April 24, 2024
Artikel berkaitan: KPT Pandang Serius Isu ‘Ucapan Kontroversi’ Profesor Dari US, Gesa UM Segera Beri Laporan
5. Sarah Yasmin dedah perbualan Aliff Aziz dan Ruhainies?

Malam semalam, media sosial hangat dengan pendedahan beberapa tangkap layar WhatsApp perbualan antara Ruhainies dan Aliff Aziz.
Dalam pendedahan tersebut yang dibuat oleh seorang wanita mendakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine turut melibatkan nama pasangan adik-beradik Emma Maembong dan Chacha Maembong serta Caprice.
Tangkap layar yang didedahkan oleh Sarah Yasmin ini juga turut membuatkan ramai netizen menyelar tindakan Ruhainies yang dilihat sebagai seorang yang cuba merosakkan hubungan di antara Aliff dan isterinya, Bella Astillah.
Ekoran ini juga, Ruhainies telah memuat naik kenyataan memohon maaf kepada Bella dan berharap agak dia, Bella dan Sarah Yasmin dapat duduk bersama-sama bagi menyelesaikan isu ini.
Sementara itu, Emma dan Chacha turut menjelaskan bahawa mereka tidak terlibat dalam kontroversi tersebut dan turut memainkan rakaman audio menunjukkan Ruhainies mengaku bahawa ia merupakan perbualan peribadinya dengan Aliff Aziz. Manakala Caprice pula menjelaskan yang dia enggan lagi terlibat dalam drama ini.
Artikel berkaitan: Diserang Netizen Sebab Kutuk Bella, Chacha Bersuara & Dedah ‘Voice Note’ Ruhainies
