in

LifeAt: Laman Web Ini Beri Peminat K-Pop Peluang Untuk Belajar Bersama Bintang Kesayangan

Cover 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak berlakunya pandemik Covid-19 di Malaysia, banyak universiti dan sekolah telah menggunakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk para pelajar mereka.



Harus diakui, belajar seorang diri di dalam bilik kadang-kala membosankan dan boleh mengurangkan produktiviti harian kita. Situasi ini dirasai oleh ramai pelajar, memandangkan mereka tidak lagi bertemu dengan rakan-rakan dan hanya duduk di dalam rumah sendiri.

Antara kaedah yang digunakan oleh pelajar untuk mengelakkan diri daripada bosan ketika belajar adalah dengan memasang lagu atau membuat panggilan video bersama rakan.

Berita baik untuk anda, terdapat satu laman web yang memberi peluang untuk anda belajar bersama bintang K-Pop yang diminati!

EXO, BTS dan Twice pun ada!

Laman web LifeAt menawarkan fungsi bilik belajar secara maya kepada pengguna, di mana pengguna boleh memilih skrin ruang kerja yang diingini. Antara pilihan yang ditawarkan ialah EXO, BTS, Twice dan juga Rose BLACKPINK.

1 5

6

4

5

Tidak cukup dengan itu, laman web ini turut menawarkan beberapa latar belakang selebriti popular yang lain seperti Miley Cyris, Selena Gomez, Justin Bieber dan One Direction. Cuba bayangkan Selena Gomez teman anda buat kerja sekolah, best kan?!

3 2

2 4

Namun harus diingatkan, pilihan templat latar belakang yang ditawarkan bukanlah secara siaran langsung bersama selebriti tersebut. Ia adalah rakaman yang wujud dan dikumpulkan, membuatkan pengguna berasa seperti sedang belajar bersama mereka secara betul.

Ada latar belakang kedai kopi dan pantai juga!

Buat anda yang rindu untuk meluangkan masa di perpustakaan, kedai kopi ataupun pantai, LifeAt turut menawarkan latar belakang di lokasi tersebut yang diambil dari lokasi sebenar dari seluruh dunia.

7

8

Selain daripada latar belakang yang menenangkan, LifeAt turut menawarkan fungsi rekod masa seperti kaedah Pomodoro untuk membantu pengguna belajar dengan lebih efisyen.

Buat anda yang mahu belajar menggunakan laman web ini, boleh layari lifeat.io. Tunggu apa lagi? Belajar sekarang!

 

BACA: Pasukan Memanah Korea Selatan Menang Emas Olimpik, Kecewa Sebab Minta Lagu BTS Tapi Dapat Blackpink

Capture 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.